Skip to main content

PERCUTIAN DI KASHMIR, INDIA PART 03


Assalamulaikum semua..

Hari ke 4 di Kashmir
Hari ini k mid nak share cerita kitaorang ke sebuah lagi tempat yang indah serta menjadi tarikan  di Kashmir iaitu Sonamarg. Ia terletak di wilayah pergunungan Himalaya  dan merupakan destinasi pelancongan popular kerana wilayahnya yang di kelilingi gunung2 Himalaya. dengan ketinggian 2800 meter  di atas permukaan laut.

Sonamarg juga di kenali sebagai "Meadow of Gold" atau" Padang rumput emas".
Perjalanan dari Sri Nagar ke Sonamarg mengambil masa 3 jam dan sepanjang jalan ke sana tidaklah membosankan kerana disajikan pemandangan yang cukup indah walaupun dalam musim sejuk.

lanskap yg indah sepanjang jalan


Mr J... x lepas peluang bergambar..ahaks
Mr J & kekasih...menikmati keindahan sepanjang jalan ke  Sonamarg

Ok..dah sampai Sonamarg..Cantik kan...Glacier di  belakang tueD
Kereta yang di naiki  semua pelancong akan stop kat sini... dan kami semua akan naik jeep atau 4 wheel drive kt sini kerana salji agak tebal .  Bole juga berkuda di sini..tapi kak mid rasa cukuplah di Pahalgam..tak sanggup lagi beban kan kuda-kuda nie...hahaha..

kita naik jeep dulu  untuk ke point2 yang kita nak pergi......
Kt sini kita kena bargain dan kena elert tempat mana nak pergi, . dia ada beberapa Pitstop .  contohnya ke  glacier,  Fish point,tempat shooting Bajragi Bhaijan ,zero bridge dan Thajiwas Glacier. 
naik sledge lagi...

main  sledge di sini kena naik dengan diorang sebab mmg curam....
Sebenarnya klu tak naik sledge di sini pun tak pa...cuma salji tebal susah sikit nak berjalan...jadi biarlah naik sledge dan di tarik ke atas...tak penat cikit...dapat juga kita membantu diorg sebab kehidupan diorang susah hanya mengharapkan pelancong jer,...klu musim sejuk dan salji tebal,  pelancong lagilah berkurangan.


Gambar2 kami di Sonamarg

di Trout Fish Point...bole lihat ikan trout di sini

Bergambar2 dulu di Fish Point

Seterusnya ke Pitstop terakhir iaitu Zero Bridge.   Kitaorang ambil 3 Pitstop aje,  kerana  salji agak tebal dan susah nak di pergi ke lain-lain Pitstop.

kak mid di zero bridge


anak2..riang ria di Zero Bridge


On the way back

SONAMARG-The Silk Road


Main salji dan bergambar puas2 di sini sebelum balik ke Sri Nagar dan malam nie kami semua akan menginap di Houseboat Dal lake. Ikut itinereri kami akan tidur di Houseboat selama 2 malam... turun dari Sonamarg  nie kami akan terus ke Dal Lake.


Petang kami pun  tiba di Dal Lake dan Shikara kami dah siap menunggu di tepi tasik
.
SHIKARA (SAMPAN) ..telah menunggu untuk membawa kami ke houseboat

YOUNG HOLLYWOOD - nie houseboat k mid berempat ( ada 2 bilik)
Yang ini HOLLYWOOD ..anak k mid berempat ( 2 bilik jugak)
Ukiran kayu houseboat juga amat unik

Houseboat di Dal Lake nie mempunyai semua kelengkapan seperti berada di Hotel,  cuma perbezaannya.. ia seakan terapung di atas tasik.


inilah ruangan dalam houseboat kak mid..hiasannya agak antik...klu anak kak mid punya hiasannya agak moden


Bila tinggal di atas houseboat nie,  satu-satunya pengangkutan ke darat ialah menaiki sampan (SHIKARA).

 

Hiasan Shikara pula sangat cantik dan unik...


 
Makanan di Houseboat jangan cakaplah...memang sedap...

walaupun menu dia simple tapi cukup rasa...marvellous!!!!

Pemandangan indah Dal lake

pemandangan depan houseboat kami di waktu pagi
Rasa selesa jer menginap di Houseboat nie dengan layanan mesra oleh penjaga houseboat..cuma ada yang kurang menyenangkan di sini ialah ramai sangat yang datang untuk berjualan...macam2 yang di jualnya.  Kalau ikutkan k mid memang suka tengok barang2 jualan seperti souvenior, shawls, kain sari dan sebagainya tapi kalau tak berhenti2 yang datang sampai x senang nak berehat..mahu angin satu badan...hahaha


antara jualan di sini....gelang tangan...

nie sorang lagi penjual sedang tunggu giliran nak terjah kami
sebenarnya ok jugak membeli dari diorang nie...bukanlah mahal sangat ...cuma pandailah tawar menawar...klu tawar tue kena lebih setengah dari harga yang di letak...klu lagi rendah lagi bagus...hehehe  akhirnya dengan tawar menawar .... banyaklah jugak kami beli souvenior yang murah2 macam key chain, freeze magnet dll di sini.

Di sini juga ada kedai2 jualan di atas tasik .....kita akan di bawa oleh pendayung2 Shikara untuk membeli belah.






k mid yang sudah tergoda dan terbelah duet nya...hahaha

dah habis shopping...cuba mendayung pulak...acah2 aje tuee

Esok hari ke 5...ada satu lagi tempat yang akan kami tuju...iaitu GULMARG
Sedikit info mengenai Gulmarg

Gulmarg adalah sebuah bandar dan stesen bukit di daerah Baramula, negeri Jammu dan Kashmir. Ianya terletak 52km dari Sri Nagar iaitu kira2 2 jam dengan kereta.
Di Gulmarg nie mostly aktivitinya main ski, sledge , gondola ride dan snowbike kalau pergi waktu winterlah....klu pergi waktu summer jawabnya gondola ride dan pony ridelah
Gulmarg adalah wilayah paling hampir dengan sempadan Pakistan,  dan ia antara wilayah di India yang sering dilanda konflik.

Perjalanan ke puncak, agak licin dan jalan agak sempit...sekali lagi driver kami si Javeed menunjukkan skill nya.. rasa seram jugak .......di kiri kanan jalan panoramanya adalah pokok pain  dan salji tebal.

comel jer  depa2 nie main salji....

kekasih2 Mr J di view point.......😀😀

Perlu naik sledge ke tempat main ski...klu tanpa sledge pasti penat kerana akan terbenam dalam salji






Nielah orangnya yang menarik sledge yg k mid naik...😪😪
 

Sekali lagi emosi k mid terganggu,  apa tidaknya bila orang tua yang menarik sledge kak mid...jauh pulak tue nak ke tempat main ski...ada kalanya terkeluar ungkapan "ALLAHUAKBAR" bila x tertarik sledge tue...tapi katanya...itulah cara diorang mencari wang...apa yang bole di bantu oleh k mid ialah bagi tipping lebihlah sikit...😁😁
kami berlapan nampaknya telah bersedia untuk bermain ski...gaya macam dah pro...ahaks..
Sebelum tue,  kami perlu menyewa kasut boot yang lebih sesuai..bagi yang jaket agak pendek dan kurang tebal ...juga di galak untuk menyewanya  di bawah sebelum naik ke tempat bermain ski.

Bagi yang 1st time bermain ski serta yang masih terkial2 nak main ski..jangan risau instructor di sediakan sekali cuma perlulah bagi tipping....diaorang nie jaga kita macam menatang minyak yang penuh...ikut jer ...takut kita terjatuh....

Kat sini jurukamera pun banyak berkeliaran....harga gambar pun murah aje ...sekeping 20 rupee (rm1.20)...kami pun belilah beberapa keping....


macam2 gaya ada...
di belakang tue laluan Gondola...asalnya kami nak naik Gondola tapi dah penat main ski..hasrat tue pun kami batalkan...

Di sini k mid sharekan itinerari kami di Kashmir ( 5 HARI 4 MALAM)

Day 1  (20 mac)

KUL - DELHI   (Klia2)           departure 7.00 pm     arrival 10.00 pm
                                                 (resting at delhi international airport)

Day 02 (21 mac)

DEL - SRI NAGAR                 departure 7.00 am     arrival 8.30 am

                                                  (meeting our agent Mr Fayaz at airport )
                                                    lunch
                                                    visiting garden  : pari mahal, tulip garden etc.
                                                     transfer to Hotel
                                                 

Day 03 (22 mac)

SRI NAGAR - PAHALGAM       ponyride/sledge       


Day 04 (23 mac)

SRI NAGAR - SONAMARG        jeep/tour/sledge             
                                                        Evening  :  transfer to Houseboat Dal Lake         



Day 05 ( 24 mac)

DAL LAKE - GULMARG            ski/sledge



Nanti di lain entry..k mid  sambung perjalanan kami ke Jaipur dan Agra pulak serta jumlah perbelanjaan yang hangus...

ANYWAY...sangat enjoy kt kashmir dan bertemu dengan orang2 yang baik walaupun serba kekurangan.

Rasanya perlu repeat balik untuk melalui suasana musim yang berlainan...insyallah....

Terima kasih buat keluarga tersayang,  terima kasih ayie dan dil ... 2 sahabat yang turut serta💓💓

SALAM SAYANG,


KLIK : PERCUTIAN DI KASHMIR PART01

KLIK : PERCUTIAN DI KASHMIR PART02


Comments

  1. Tak sabar nak tengok jumlah perbelanjaan tu, perhaps Rawlins boleh rancang perbelanjaan untuk my proposed trip next time. InsyaAllah.

    Cantiknya la hotel atas tasik tu.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah cantiknya walaupun dapat tengok dalam gambar je tapi dah seolah-olah bercuti sekali kat situ. Pengalaman dapat pergi bercuti kat Kashmir ni memang sangat berharga. Harap dapat pergi juga one day ke sini

    ReplyDelete
  3. Cantik-cantik gambar di Kashmir ni. Nanti nak plan ke sini. Heheehehe. Ada selebriti Bollywood lalu masa awak tengah bercuti tak? Hahaha. Dapat jumpa Amir Khan pun ok juga kan. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. ya ampunnnn seronok tengok gambar2 percutian kat sini. semuanya best dan menarik. teringin nak datang becuti kat kashmir...macam2 aktiviti boleh buat...tak sabar nak baca ttg total kos absi kat sini hehe

    ReplyDelete
  5. bestnya tengok..bila datang tempat ornag tengok apa yang ada sana, seronok je..sebba kadang ada benda kita tak pernha tengok..ish yang dekat salji tu yang tarik orang tua..alhaii kesiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kesian tapi itu jer cara diorg cari rezeki

      Delete
  6. bestnya kak pergi Kashmir. teringin rasanya. dulu masa pergi India memang destinasi Kashmir dalam senarai, tapi apa kan daya, kita merancang, tuhan pon merancang. tak dapat nak singgah kashmir. insyaAllah nak singgah lagi ke negara India lepas nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pasti dapat pergi lepas nie..insyallag

      Delete
  7. bestnya dah sampai kie Kashmir sis yea.. syok tengok view kat sana.. tenang je.. ada salji ye? baru tahu.. bestnya alahai.. dapat main salji gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salji kt gulmarg tue sentiasa ada sepanjang tahun...cuma tebal denagn tak aje...sbb dekat banjaran himalaya

      Delete
  8. Bestnya jika dapat berpeluang ke Kashmir.. Leh main salji pulak tue.. Ada rezeki lebih boleh la AM pegi juga.. Nak masukkan dalam wish list AM la lokasi Kashmir nie..

    ReplyDelete
  9. aaaa saya nampak jambatan famous selalu masuk dalam movie tu! Houseboat tu pun ada dalam movie Mission Kashmir. Bestnya lah kak mid jalan-jalan dekat sana. Harga gambar pun murah je, nak posing banyak kali pun tak kisah.

    ReplyDelete
  10. Bestnya percutian awak. Kashmir memang antara tempat yang tercantik di India. Saya pun nak pergi bercuti ke sana

    ReplyDelete
  11. Memang best masa kat Kashmir walaupun sejuk sampai ke tulang. Tengok gambar2 ni terasa macam nak ke sana lagi..

    ReplyDelete
  12. Allahuuu.. cantikknyaaa. Untung kak mid dah pernah sampai ke sini. Puas hati kan dapat tengok salji. Ni kalau saya ni dah guling-guling dah atas salji tu.. hehe

    ReplyDelete
  13. Syoknya dpt pergi Khasmir entah bila lak kak dpt pegi Kashmir

    ReplyDelete
  14. insyallah akan saya masuk dalam bucket list supaya dapat juga ke sini. terima kasih tau share .. ada sambungan tak ???

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...