Skip to main content

PERCUTIAN DI KASHMIR, INDIA PART 02

 Assalamulaikum

Bersambung untuk hari seterusnya.....
 Day 03 (Pahalgam)
Tepat jam 9.00pagi dan selepas bersarapan pagi bersama dengan roti naan dan kari ayam, kami pun bertolak ke Pahalgam . Tarikan utama di sini tentulah nak naik pony dan nak main salji.  Pahalgam juga menjadi satu lokasi pengambaran filem pecah panggung "Bajrangi Bhaijaan". Perjalanan dari Hotel ke sini lebih kurang 3 jam.  Kami melalui lebuhraya dan juga jalan biasa...barulah kami dapat lihat bagaimana skill nya driver kami Si Javeed memecut...dah macam roller coaster....seram sejuk jugak di buatnya...

Smpai di Pahalgam...cari dan nego dulu dengan owner kuda nie untuk dapat harga yang cun
So ..semua dah ready...apa tggu lagi...moh leh kita

kami akan naik kuda sampai Baisaran valley atau Mini Switzerland

Laluan untuk sampai ke Baisaran nie pun rasanya dah cukup mencabar..Klu pergi time summer bolelah sampai ke Aru Valley,  Bheta Valley dan Waterfall...Naik kuda sampai ke Baisaran nie pun k mid dah menangis ...kesian kat kuda2 nie...dah lah bawa muatan macam k amid 80kg...ada orang lain yg lagi berat...lalu pula kat lereng2 yang penuh salji,  berbukit dan curam....so trail and adventure!!!

kami berlapan

sorang penjaga jaga dua ekor kuda.. tabik2

curam dan mencabar smpai x berani nak snap gambar...takut klu jatuh ke gaung ....

Dan akhirnya sampai dengan selamat...rasa macam dapat menakluki Everest...hahaha

kami cuba naik sledge di sini.....mmg best...




lepas penat posing, main salji , naik sledge...elok cuba teh kashmiri dan makan maggi....nikmat ooi...sejuk2 nie

kira-kira hampir 2 jam kami berada di Baisaran Valley...sampai kejunglah juga kaki...tiba masa menuruni pulak....aduhai...seram lagi
Setelah menuruni Baisaran dengan jayanya...kami pun berangkat pulang ke hotel.  Disepanjang perjalanan pulang kami disajikan dengan pandangan2 indah.


Di Pahalgam Valley

Mr J bersama kekasih2nya...hahahha

bersama tour guide kami Mr Fayaz.(macam Maher Zin)..huhuhu
Bersama wanita2 Kashmiri  di  Lembah Pahalgam..comel2 baby diorg

KREDIT PIC : DILLA DAMIA
kredit pic : DILLA DAMIA

KREDIT PIC : DILLA DAMIA

KREDIT PIC : DILLA DAMIA
On the way balik...dpt captured picture nie...sunset di Kashmir


Begitulah perjalanan hari ke 3 di Kashmir...penat tapi sungguh menyeronokkan....so esok kami akan ke satu lagi tempat yang menarik iaitu SONAMARG.

BERSAMBUNG.... TUNGGU ....

 
KLIK : PERCUTIAN DI KASHMIR PART01
KLIK : PERCUTIAN DI KASHMIR PART 03

Comments

  1. kenangan manis di pahalgam. subhanallah..cantik sungguh ciptaan tuhan. takjub dngan kegigihan penjaga2 kuda berkomunikasi dngan kuda2nya. takjub dgn kudrat penarik2 sledge yg tarik kami main salji. dan tak dlupakan, nikmat sungguh mkan megi n mnum kopi ber viewkan himalaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita dapat ke sana lagi untuk menikmati musim2 lain kerana sesungguh bumi Kashmir sangat indah dengan orang2 yang baik2 belaka...kesian tengok mereka yg serba kekurangan

      Delete
  2. Replies
    1. Memang cantik..klu musim bunga lagi cantik ;)

      Delete
  3. yeyy dpt sambung baca part 2! hehe tung lah kak tour guide hensem mcm maher zain yer btw kashmir memang cantik! ok part 3 plak kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah sambung...tour guide pun baik orangnya..xda nak pusing2

      Delete
  4. Menariknya pemandangan kat situ ye.
    Bila tengok lembah time naik keldai tu, Rawlins pula yang jadi seram.
    Ok. Next one pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius seram tapi kita kena yakin dengan kuda tue..jangan cepat panik..ada ketika kuda tak lalu kawasan yag ada air..itu lagi mencabar..dia akan refuse nak gerak..mmg kak mid takut dalam masa yg sama kesian kt kuda.

      Delete
  5. cantik sangat permandangan dekat Kashmir ni! Memang kenangan manis sangat kalau pergi sana. Berbaloi even perjalanan jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu Kashmir di gelar "Paradise on Earth" sbb mmg cantik

      Delete
  6. Sis akhir tahun lepas pergi ke India. Belum berkesempatan lagi nak update pengalaman kat sana..hehehe. Memang seronok bila kat Kashmir..cuma sejuk tu je le yg tak tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie pun kena cepat2 tulis takut lupa...banyak tempat pergi tak tulis2 sampai sekarang.

      Delete
  7. Wow.. Seronoknya percutian kat india tu.. Banyak tempat yang menarik. Nanti nk masukkan dalam wishlist lah nanti.. Trima kasih untuk info

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pebting kos x lah mahal sangat..nak gi europe tak mampu lagi :)

      Delete
  8. Bestnya lahai tengok di jalan jalan kat Kashmir. Kashkir ni dah lah cantik tau pemandangannya . Teeingin nak jalan jalan kat Kashmir tengok keindahan alam dan belajar adat budaya orang di sana

    ReplyDelete
  9. ada rezeki nanti bole pergi..k mid bole bagi contcat tour guide dia klu nak

    ReplyDelete
  10. Wuuuu main salji, bestnya. Nampak gayanya nak kena mula kumpul dana percutian jugak ni. Haritu dah kumpul, tapi last2 habis kat benda lain jugak, hehe

    ReplyDelete
  11. I have been to North India, only to Delhi and Agra. Would love to explore Kashmir too.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...