Skip to main content

Percutian 4 hari 3 mlm ke Kuching Sarawak (Part 2)

Assalamulaikum...
Baru nak sambung Percutian di Kuching Day 2.
K mid sekeluarga mesti bangun awal hari ke 2 nie sbb kami nak tengok orangutan arinie....kami x nak terlepas waktu feeding pagi iaitu jam 9.00 pagi.  Kalau mengikut itinerari yang di sediakan oleh anak K mid.. selepas sarapan kami akan ke PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE).

Pusat Hidupan Liar Semenggoh ini terletak kira2 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kuching.  Pusat ini adalah bagi yg  ingin melihat ikon negeri Sarawak iaitu orang Utan.

Sebenarnya pusat ini bukanlah khusus untuk melihat orang utan sahaja tetapi juga untuk rawatan haiwan liar yang lain tetapi ianya cukup berjaya dalam memulihara orang utan jadi sudah menjadi sinonim dengan haiwan tersebut.


Pintu masuk Pusat Hidupan Liar Semenggoh



Bukan senang nak dapat tengok orang utan nie...walaupun memang waktu di beri makan pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi dan petang pula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang...ada kalanya seekor pun tidak muncul  tapi k mid dan family di kira bertuah ada lebih kurang 5 ekor yang muncul jam 9.00 pagi. Macam2 aksi yang bole di lihat sambil mengambil makanan yang di beri oleh warden pusat ini.

nielah nama2, umur , jantina serta asal orang utan yang ada.
  

Ada Galeri di sini... bolelah tahu sejarah  mengenai orang utan nie



Jadi bagi yang berminat ke sini.. ianya di buka setiap hari termasuk cuti umum

Jadual masa makan orangutan adalah   :
Pagi      :  8.00 am  -  10.00 am
Petang  :  2.00 pm  -  4.00 pm

Harga tiket pun murah aje  :  Dewasa RM5,  Wargaemas/OKU  RM3
                                               Kanak2 di bawah 18 tahum RM2
                                               Kanak2 di bawah 6 tahun - percuma


Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke  JONG'S CROCODILE FARM & ZOO...  dah namanya pun crocodile ...dah tentulah tengok buaya

Jong's Crocodile farm ini adalah kawasan milik persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz  Ianya terletak di daerah Padawan (Jalan Kuching -Serian) dan perjalanan kira-kira 45minit dari bandar Kuching.

Pada awal pembukaannya ialah bagi tujuan komersial iaitu untuk memperdagangkan kulit buaya,kemudiannya di jadikan Zoo di mana menempatkan hidupan lain seperti burung, ikan  dan beruang

Papan tanda Jong's Crocodile Farm

Di hadapan pintu masuk

Macam2 size dan jenis buaya ada di sini.... yang best nya bole tengok pertunjukan cara cara memberi makan kepada buaya

Selain dari melihat buaya ada juga hidupan lain di tempatkan di sini seperti spesis ikan, kura-kura dan burung



Disini juga ada kolam yang menempatkan ikan Arapaima
 Setelah puas melihat pertunjukan "Crocodile Feeding Demotration"...kami menjelajah ke bahagian ikan pula.


Bapak mertua k mid nampak berminat menunggu kemunculan ikan Arapima
 Ikan Arapaima adalah sejenis ikan air tawar terbesar dunia yang berasal dari Amerika Selatan. Ikan Arapaima ini bole menjangkau panjang hingga 3 meter dengan berat 200 kg.  Ikan Arapaima yang kami lihat di sini juga agak besar.


Dah penat2 menjelajah Jong's Crocodile Farm nie...bole lah berhenti rilex2 membasahkan tekak di kantin Bujang Senang (Sesuai nama kantin dengan tempatnya)

 Jika sesiapa berminat kesini,  Jong's Crocodile Farm di buka  dari hari Isnin hingga Ahad
 Waktu 9.00 am hingga 5.00 pm

Feeding Demostration  :  11 am & 3 pm setiap hari

Bayaran  :
Dewasa  :  RM24.00
Kanak2  (3-12 thn)  :  RM12.00

Sarawakian Adult  :  RM14.00
Sarawakian Children  : RM7.00


Selepas makan tengahari di sebelah petangnya pula kami ke Muzium Kucing.

Muzium yang bertemakan kucing ini menceritakan tentang jenis-jenis kucing, tabiat2nya,  gambar-gambar kucing dan replika kucing.

Muzium Kucing ini terletak di Aras Bawah,  Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol,  Jalan Semariang,  Petra Jaya, Kuching.

Bagi peminat kucing mestilah happy dapat tengok dan mengetahui sejarah kucing.  Gambar2 kucing pun cantik2



Ini namanya aksi kucing...cakar2 manja....auw3

nie pulak ...nak bermanja2 dengan bapaknye...hehehe


 Waktu Operasi  :  setiap hari Isnin - Ahad (kecuali Cuti Umum)

Harga tiket : Dewasa RM5.00    Wargaemas /Kanak2  : RM3


Family photo kt Muzium kucing...hahaha
 Begitulah hari ke 2 di Kuching,   memang nak buat percutian nie sesantai yang bole sebab k mid bawak mak dan bapak mertua so kitaorg cuba x nak rushing-rushing.  Nasib baik selepas nak balik ke Hotel baru hujan turun.





SALAM SAYANG,






Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...