Alhamdulillah....tahun 2019 semakin menghampiri dan tahun 2018 yang penuh dengan suka duka akan meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik di tahun2 mendatang.
Untuk penutup tahun 2018.....pada hari Sabtu(29 Disember) baru-baru ini, bertempat di BBQ Lamb KL Kemensah, k mid bersama ahli2 Team Propa Ranjers yang lain telah menikmati hidangan dalam sungai sambil beramah mesra dengan Kumpulan Ukay's
Program ini merupakan aktiviti hujung tahun ahli media team Propa Ranjers. Di samping dapat mengetengahkan semula Kumpulan Ukay's, dapat juga mempromosikan tempat makan menarik di Kuala Lumpur.
Bagi peminat-peminat Kumpulan Ukay's pula, kini mereka muncul semula dengan 2 buah lagu baru mereka iaitu " Terpaksa ku lepaskan" dan"I love u, I miss u".
Anggota kumpulan Ukay's iaitu Ali Ukay's (Drummer), Ami Ukay's(Keybordist), Tokjie(Bassist) & Faiz (Guitarist) |
Tak lepaskan peluang bergambar dgn Ahli Kumpulan Ukay's |
Aktiviti tahunan team Propa Ranjers ini sungguh meriah dan berjalan lancar. Pihak kami juga dapat menikmati hidangan menu baru yang di sediakan oleh pihak BBQ Lamb KL Kemensah,
Bagi yang ingin menikmati hidangan lazat , sambil duduk di dalam sungai yang sejuk, menikmati kedamaian alam semula jadi...sudah tentu inilah tempatnya....SATU KELAINAN....
BBQ LAMB KL KEMENSAH
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah
68000 Ampang Selangor
Telefon : 012- 211 4100
FB : http://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah
K mid dan sahabat2 yg lain bergambar bersama pemilik Bbq Lamb kl Kemensah iaitu En. Zainuddin Yatim & Pn.Mimie Ibrahim |
Hingga berjumpa lagi, semoga team Propa Ranjers dapat menganjurkan aktiviti2 seperti ini di masa-masa yang akan datang.
Salam sayang,
Wah lama x jumpa Amy Ukays..dulu pernah berurusan dengan dia masa SA jadi PR...bestnya makan kat sini ..suka masakan dia yang setanding sengan western terkenal...
ReplyDelete