Bila kak mid ada free time....Bila lama sikit duduk kat rumah....Tak dah job ke???
Bukan...bukan...bukan...
Sebenarnya kak mid berehat untuk pulihkan diri dari batuk berpanjang....hingga memaksa k mid membuat medical check-up...doktor sarankan buat ujian batuk Tb lah....ulang alik hospital...nasib hospital dekat dengan rumah. Bila pekerjaan sering berkait rapat dengan orang2 luar nie...maka makin serious doktor menyarankan untuk betul2 berehat dan makan ubat.
Alhamdulillah makin beransur sihat...bila beransur sihat maka makin panjanglah langkahnya...hehehe
Ada pulak kawan satu kepala...ajak ke Melaka untuk Invitation Open Day for TG by Encore Melaka.
Actually kak mid dah pergi hari tue bersama team Media ke Encore Melaka tapi biasalah kak mid x bole duduk diam kat umah tue......so pergi tengok lagi sekali Encore Melaka.
kali ni menonton bersama para TG |
Malam nya pula selepas habis pertunjukan ...k mid tak lah straight drive balik ke Kuala Lumpur. Peluang nie kak mid gunakan untuk menginap di Hotel Ibis Melaka, kebetulan voucher hadiah lucky draw masih ada...peluang nie bole lah rehatkan badan dan buatlah review sikit untuk Ibis Hotel Melaka.
Pintu masuk hadapan Ibis Hotel |
Lobby yang luas...rasa tak semak kalau ada ramai yang check in... |
249, Jalan Bendahara,
75100 Melaka
Malaysia
Tel : 06 - 2228888
Fax : 06 - 2228899
Check in : 3.00 pm Check out : 12.00 t/hari
Berdekatan dengan tempat pelancongan utama seperti Dutch Square, Red House (Studhuys), jonker walk dan Melaka River cruise..jadi bolelah berjalan kaki sahaja ke tempat-tempat ini kalau rasa malas nak keluarkan kereta dari tempat Parking. Buat pengetahuan semua, tempat parking kereta tidak berbumbung amat luas di sediakan oleh pihak hotel di belakang bangunan hotel
Ini lah bilik kami, 2 single beds Standard Twin Room |
Lain-lain kemudahan : Conference facilities, Fitness centre with Gym/workout room, Laundry service and Free wi-fi.
UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG HOTEL INI SILA KLIK
Dari segi makanan yang di sediakan, k mid rasa standard untuk 3 star hotel jadi ok dan sesuai dengannya |
Dari segi penilaian k mid, hotel ini bersih dan teratur dan amat bersesuaian dengan harga cuma rasa agak kecewa bila tidak ada kemudahan kolam renang (mengikut kata staff dalam pembinaan)..Jika ada kolam renang hotel ini memang amat berbaloi sekali dan tentu akan lebih memberi kepuasan kepada para penginap yang berkunjung ke Melaka.
Sesiapa yang berminat bole booking melalui Booking.com
BOLE KLIK DIBAWAH UNTUK BOOKING HOTEL DAN DAPAT REWARD
https://www.booking.com/s/21_4/midara33
Salam sayang,
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN