Skip to main content

Percutian 5 hari 4 malam di Sabah ( Day 05)

Assalamulaikum..

Hari ini baru dapat sambung menaip untuk hari ke 5 percutian kak mid di Sabah.....yalah ...balik dari Sabah rehat 2 hari kemudian sambung kerja ke Melaka dan Johor... bila bekerja x sempat lah nak mengupdate di Blog..balik dah malam..dah letihkan..

Sebelum tue lupalah pulak pasal hari ke 4...sebenarnya hari ke 4 sempat lagi singgah di  Kinabalu Heritage Park

Kinabalu Park atau Taman Kinabalu adalah taman tertua di negeri Sabah yang telah di wartakan pada tahun 1964.


pandangan Gunung Kinabalu dari Taman Kinabalu

Taman Kinabalu ini dihiasi oleh  Gunung Kinabalu yang tersergam indah dengan ketinggian 4,095.2 meter, juga merupakan kawasan yang mempunyai ekologi mega dengan kepelbagai
habitat, flora dan fauna

Klik di sini untuk lebih informasi mengenai Kinabalu Park

 Taman Kinabalu ini juga merupakan titik permulaan bagi mereka yang mendaki Gunung Kinabalu

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Taman Kinabalu national Park  :
  • Jungle Trekking
  • Bird Watching
  • Mendaki Gunung
  • Berkhemah
  • Menjelajah Gua
  • mandi Air terjun
Dah letihkan...malam pula selepas check in pi hunting seafood kt Pasar Filipine... sebab dekat jer dengan hotel,  kami jalan kaki jer sambil usa2 barangan yang di jual sepanjang jalan umpama macam pasar malam...

Antara seafood2 yang terdapat di pasar filipine...pilih aje gerai yang di rasakan sesuai dan bersih
antara yang kami order..ikan, udang, lobster, sotong, ketam, rumpai laut,k mid suka air asam dia dan kerabu rumpai laut 
Makan smpai x habis... RM270 untuk 4 orang makan
Bagi k mid harga di sini murah lah sikit dari Semenanjung tapi masakan dia biasa aje...mungkin k mid suka yang lebih pedas macam masakan di kedai tomyam...hehehe

Di sini kami makan sebelum ke Airport jam 6 petang...memang sedap dan nampak bersih TODAK WATERFRONT
Ada satu lagi tempat makan best dan nampak lagi teratur dan bersih...iaitu Todak Waterfront yang terletak sama baris dengan pasar filipine cuma ke depan lagi sebelah pasar basah.

Klu nak bershopping ikan masin ke...ikan bilis..kerepek amplang ke...shopping lah kat pasar filipine nie...untung2 dapat gerai yang penjual nya ramah dan bagi harga yang cun...makin banyak lah kita membeli.

Ok...dah cerita pasal makan...nak cerita pulak pasal pulau2 yang kami lawati,  3 Pulau yang kami lawati iaitu Pulau Manukan,  pulau mamutik dan Pulau Sapi.  kami menaiki bot dan membeli pakej ke Pulau nie di Jeti Jesselton. Bot akan berlepas ke Pulau2 nie seawal pukul 9.00 pagi

1. Pulau Manukan

Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman dan juga pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu




Kak mid tak lepas peluang bersnokelling di ketiga-tiga Pulau

2. Pulau Mamutik

Air nya agak cetek,  jadi untuk snookeling,  kurang ideal.  Pulau mamutik adalah pulau  yang paling kecil di antara pulau-pulau dalam gugusan pulau2 di Taman Negara Tunku Abdul Rahman




Pulau Mamutik memiliki pantai yang memutih dan cantik
3. Pulau Sapi

Kalau Pulau Manukan terkenal kerana sebab pemandangannya,  pulau sapi pula terkenal sebab banyak ikan.  Jadi untuk bersnookeling di tepi pantai amatlah sesuai.

Tiba2 nak ambik caption mcm nie...with my travel buddy


Antara ketiga2 pulau nie...yang paling banyak ikan ialah kat Pulau Sapi...Pulau Manukan dan Pulau Mamutik keadaan air nya agak keruh sebab ramai sangat pelancong yang datang pada waktu ini... Ada guide bagitahu waktu yang elok dan air jernih di Pulau2 nie ialah pada bulan April dan Mei.


Sepatutnya ada satu pulau lagi yang kami nak pergi dan termasuk dlm pakej kami iaitu Pulau Gaya...jadi kerana waktu balik air dah menyurut tak dapatlah kami ke pulau Gaya...so x dapat lah kak mid ceritakan apa yang ada di Pulau Gaya... kami mmg nak pergi kerana menurut pengunjung lain pantai di Pulau Gaya cantik dalam terdapat rumah air di sana serta bole membeli barangan dari penduduk kg di sana.... so frust jugak tak dapat lihat...anyway syarikat boat yang kami ambil memulangkan sedikit duet kepada kami...


Dan di sini kak mid nak bagitau kos2 (untuk 1 pax) yang hangus untuk percutian ke Sabah kali ini ;
Tiket flight AA/Luagage/meal pergi balik       RM313.80

Sewa Kereta saga  RM143.75

Fuel     RM32.75

Accomodation   RM227.00

Entrance fees      RM 56.70

Snookelling pulau2     RM 50.00

Parking/Grocery dsbnya   RM20.00
     
 Makan seafood    RM80.00

Grab Car pergi     RM25.00

 Total Hangus    RM 892.30


       Untuk Entrance fees   :
  • Desa Dairi Farm RM4.70
  • Kundasang war memorial RM3.00
  • Poring Hot Spring RM 3.00
  • Luanti Fish RM 5.00
  • Kinabalu Heritage Park RM 3.00
  • Polumpang Melangkap RM 3.00
  • Rumah Terbalik dan 3d Wonders Museum RM30.00
  • chantek Museum RM5.00
        Bagi Guide seperti k mid entrance fees nie semuanya free...hahaha    

Begitulah percutian kami selama 5 hari 4 malam dengan budget di bawah RM1,000.

Apa lagi tunggu bagi yang belum ke Sabah,  eloklah pergi bercuti ke sana...
Selamat bercuti dan melancong....Ada lagi beberapa destinasi menunggu k mid lepas nie...ada yang akan pergi bersama kaum keluarga dan ada  yang mungkin pergi bersama kawan-kawan.

Hingga jumpa lagi

Salam sayang,


Klik sini untuk :  Percutian Di Sabah Day 01


Klik sini untuk :  Percutian Di Sabah Day 02


Klik sini untuk : Perutian Di Sabah Day 03 & Day 04





Comments

  1. I am extremely inspired along with your writing talents and also with
    the format in your weblog. Is that this a paid subject or did you modify it yourself?
    Anyway keep up the nice quality writing, it's rare to look
    a nice weblog like this one nowadays..

    By the way, I heard about this awsome affiliate program for Instagram influencers.
    Better apply soon before all the spots are filled up.
    Here is the link: http://we.cx/3tggc

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...