Skip to main content

Percutian 5 hari 4 malam di Sabah (Day 01)

Assalamulaikum semua...
Baru balik dari Sabah Bah....kulit ku semakin gelap....haritue gelap sebab berendam di Pulau2 Mersing..ini gelap sebab berendam di Pulau2 Sabah...

Nie ,,berhampiran pasar Filipine
Hari nie kak mid nak ceritakan itinerari dan pengalaman kak mid bercuti ke Sabah bersama 3 orang kawan. Percutian kami selama 5hari 4 malam dengan budget di bawah RM1000.
Sebenarnya kak mid dah 2 kali ke Kota Kinabalu,  2 kali ke Tawau/Pulau Mabul....tapi bila ada kawan2 yang mengajak...." kak mid2...k mid kan dah pernah ke Sabah....bawalah kami jalan2...jadilah guide kami....fikir punya fikir...adalah juga tempat yang k mid x cover masa kunjungan dulu...why not pergilah lagi...kan...AYUH2...jomlah kawan2....

1. Firstly..... check flight tix...tak kira dari syarikat penerbangan mana...MAS ke?  AA ke?....janji dapat tix murah .....
  • Check punya check....akhirnya berjaya mendapat mengikut kehendak kami...tarikh 6 -10 Ogos dengan harga RM261.80 ( nie paling murah kut untuk bulan Ogos...beli 3 minggu sebelum tarikh kira murahlah...klu nak murah beli masa 0 fare Air Asia atau setahun sebelum nak pergi...baru murah betul...hahaha)
 2. Tiket dah beli bermakna dah bersedia nak pergi... penginapan pulak???
 Seperti biasa search booking.com,   Agoda, Trivago, Trip advisor....apa jerlah....janji  dapat        penginapan yang sesuai dan bersesuaian dengan budget....

Seperti biasa dapatlah cari di Booking.com
sesiapa berminat bolelah guna link kt bawah nie...kak mid dapat ganjaran...korang pun dapat ganjaran....cubalah...insyaallah lepas korang habis menginap dapatlah rewards......

https://www.booking.com/s/32 8/midara33
  • k mid telah menyusun itinerari iaitu 2 mlm akan tidur di Kundasang,  1 mlm di Kota Belud dan 1 malam di Kota Kinabalu
  • maknanya....sampai pagi2 kul 9 terus ambik kereta di Airport...then terus gerak ke Kundasang
3. Booking kereta atau kenderaan pula.

Booking on line siap2....sebab smpai KK,  kenderaan dah ada x payah kita tercari2...jadi x buang masa...

So.  kak mid  menempah kereta dengan GB Global Rent a Car & Tours Sdn Bhd.... korang semua carilah kt internet banyak syarikat2 yang bole dipilih ..ya


Dah siapkan 3 benda asas nie.........so apa tggu lagi...jom bercuti kawan2...

Dah smpai Sabah...sementara tggu kereta kita selfie dulu..yahooo

  • Tarikh 6hb Ogos jam 3 pagi,  kami bertolak ke airport menggunakan khidmat adek member....(untunglah jugak adek member nak hantar guna kereta ixora lagi....yalah klu Grab pun suruh ambik Premium sebab 4 orang di tambah ada luagage lagi kan)
  • Sampai di Airport jam 4 pagi, terus gi print luagage tag di kiosk( perlu diingatkan...AA sekarang menggunakan self print untuk dropped bag luagage ya)
  • Jam 5.50 pagi...tanpa delay kami pun berangkatlah ke KK. Jam 8.30 pagi kami pun sampailah di KK.
  • Jam 9.30 pagi...kereta baru sampai di airport.....maka bermulalah percutian 5 hari 4 malam...berjimba2 di Sabah....
mula2 cari tempat sarapan dulu....cuba roti canai diorg..ok sedap..kuah ada sikit kelainan...curry + dal sekali

Perut pun dah isi apa lagi ....meneruskan perjalanan ke Kundasang...niat hati nak singgah di rumah terbalik dan Jambatan Gantung Tamparuli  tapi dah terlajak...terus aje ke Kundasang...nanti dlm perjalanan balik bole singgah lagi.


Setelah kira2 1 jam pemanduan dari Kk,  kami tiba di Pekan Nabalu, dari jauh dah teruja tengok banyak buah2an segar,  hasil kraftangan, makanan ringan,  sourvenir.....kami kan orang pompuan...bukan window shopping...terus shopping kt sini....

Dari kejauhan dah nampak Gunung Kinabalu....tapi cuaca dah mula mendung ...nampak gaya macam nak hujan....kena sampai cepat sebelum hujan di Kundasang.....


penginapan kami di Kiram Village
Sampai jer di Pekan Kundasang lebih kurang pukul 3 petang,  singgah dulu beli KFC di Pekan Kundasang ...sebab k mid tahu...smpai Kiram Village susah dah nak kluar balik,  lebih2 lagi kalau hujan..

antara penginapan yang terdapat di kiram village....kami menginap chalet jenis "PUMPKIN" yang bole muat 6 orang
Check in jer Kiram Hotel...hujan lebat.. sejuk...suhu menjunam ke 15 degree...apa lagi masuk bilik tidur sampai ke waktu senja....hahaha

Malamnya pula dengan cuaca gelap dan dingin....kluar ke Pekan Kundasang untuk mencari makanan.....jam 9.00 mlm Pekan Kundasang sudah sunyi........

Begitulah hari pertama di Sabah... tak banyak aktiviti bole di lakukan bila hujan melanda dari petang...huhuhu....

Bersambung untuk Hari ke 2........................


KLIK UNTUK PERCUTIAN HARI KE 3 & KE 4

KLIK UNTUK PERCUTIAN HARI KE 5


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...