Assalamulaikum semua. Hari nie Kmid nak coretkan pengalaman 2 hari 1 malam di atas Boat house di Royal Belum tasik Banding. Sebenarnya ini bukanlah percutian tapi lebih kepada proses penambahan ilmu untuk para Tourist Guide . Kak mid dah lama berminat nak ke Royal belum nie tapi asyik tak dapat nak ke sini so bila agak free .. kak mid pun mengajak beberapa orang kawan TG untuk turut serta ke sini walaupun anjuran dari Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA). Tarikh : 26-28 APRIL 2018 Jeti Awam Banding (sumber google) K mid di jeti banding sebelum menaiki boathouse Beberapa boat house sedang berlabuh di sini Sedikit Info mengenai Hutan Belum (sumber Berita Harian) -Hutan Belum yang di wartakan sebagai Taman Negeri perak di isytihar sebagai sebagai " The Royal Belum" oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 31hb Julai 2003. - Nama Hutan belum di ambil daripada nama asal perkampungan melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi tujuh perkampun...