Skip to main content

BERBUKA PUASA DI SUDIRMAN CAFE, EDC HOTEL KUALA LUMPUR

Assalamulaikum semua dan selamat menjalani ibadah puasa
Syukur alhamdulillah dah sepuluh ramadan kita berpuasa dan k mid dapat membawa keluarga berbuka puasa di EDC Hotel nie.

Sebelum bermulanya ramadan baru2 nie k mid mendapat undangan untuk Preview Ramadan di EDC hotel Kuala Lumpur...tapi apakan daya ..walaupun dah setting cantik2 untuk pergi...last minit terpaksa batalkan...panggilan last minit punya duty...Kmid gantikan dengan seorang teman yang memang citarasanya agak particular cikit. Bila dia bagi review yang baik terus k mid terfikir nak bawak family berbuka puasa di sini.

EDC Hotel nie dah di renovate baru...kalau dulu hotel ini dikenali sebagai Puteri Park Hotel..dan k mid  pernah menginap di sini bersama group dari Indonesia kira2 2 tahun yang lalu. Terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Untuk Ramadan kali nie EDC Hotel dengan temanya "Selera Kuali Emas"


Dengan harga RM60 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak2,  buffet ramadan EDC Hotel yang bertempat di Sudirman Cafe amat berbaloi dengan masakan kampung ysng pasti membuka selera anda.

Keluar aje dari lift tingkat 2 untuk ke Sudirman cafe nie kita bole mengimbau kembali zaman kegemilangan Penyanyi Negara Dato' Sudirman Hj Arshad.  Bole lihat gambar2 beliau di framekan di dinding.... Susunatur  cafe nie untuk Ramadan Bufet juga teratur dan ini memberi keselesaan bagi pengunjung untuk menikmati juadah berbuka dengan tenang.



Signature Allahyarham Sudirman yang diletakkan di pintu masuk cafe

Mari kita lihat pula juadahnya,  ada daging kambing bakar, nasi brayani gam, nasi putih, lauk pauk sepeti ayam masak curry,ayam masak kurma, udang sambal,  daging salai masak lemak cili api, masak lemak cili api ikan   sebagai menu utama.

Menu wajib kebanyakkan hotel..Kambing Bakar...sungguh lembut daging kambing bakar nie ..

Aneka kek,kueh dan karamel

Buah2an, kurma dan Puding

Bubur Lambok

Masak lemak ciliapi ikan tenggiri

kerabu dan rojak buah
 

 mee hoon/ mee / kueh teow soup juga tak menghampakan...

Ada juga goreng pisang ranggup, cucuk udang dan keropok leko


ulam-ulaman bersama air asam serta budu

Ruangan minuman
Walaupun EDC Hotel ini terletak di kawasan Chow Kit yang memang sibuk tapi kita bole Parkir kereta di belakang bangunan di mana  kita x payah keluar dari bangunan untuk ke Sudirman Cafe.  Begitu juga  Surau yang luas dan selesa di sediakan di tingkat 12(block B)  bagi memudahkan kita untuk bersholat.

Biasalah k mid...meja mesti penuh punya...hehehe.

Bagi yang masih tercari-cari dimana nak iftar bersama teman2 atau pun keluarga...bolelah mencuba di Sudirman Cafe nie.

Untuk pertanyaan dan tempahan...bolelah hubungi  :

En. Rahim  011 1199 1965
Puan Ida     011 2197 5976

atau  EDC HOTEL    03 40500515


Salam Ramadan Al Mubarak




Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...