Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Puding Karamel Gula Hangus

Assalamulaikum semua... Tetiba K mid rajin...hahaha... Hari nie nak buat Puding Karamel Gula Hangus.  Bukan apa...anak bujang kak mid selalu bersungut ...apalah mahal sangat puding nie kt Bazar Ramadhan... Satu slices yang x berapa besar RM5.  Kak mid pun x faham apalah susah dan mahal sangat bahannya sampai nak jual mahal2 sangat kan... so tak pa bagi anak - anak puas makan sikit....hahaha Mula-mula kita sediakan bahan2nya ya  : BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING 5 biji telur size B (kalau size A 4 biji dah ok) 1 tin susu cair (400ml) 150ml air biasa 4 sudu besar gula putih 1 sudu kecil esen vanilla  UNTUK KARAMEL PULA 8 sudu besar gula putih 2  sudu besar air Cara membuatnya  : 1.  Masukkan gula dan air ke dalam Loyang.  Hanguskan hingga keperangan...gunakan api kecil dan kacau gula dengan perlahan.  2.  Apabila gula dah pun hancur serta keperangan ketepi dan s ejukkan  3.  Satukan semua bahan puding...

BERBUKA PUASA DI SUDIRMAN CAFE, EDC HOTEL KUALA LUMPUR

Assalamulaikum semua dan selamat menjalani ibadah puasa Syukur alhamdulillah dah sepuluh ramadan kita berpuasa dan k mid dapat membawa keluarga berbuka puasa di EDC Hotel nie. Sebelum bermulanya ramadan baru2 nie k mid mendapat undangan untuk Preview Ramadan di EDC hotel Kuala Lumpur...tapi apakan daya ..walaupun dah setting cantik2 untuk pergi...last minit terpaksa batalkan...panggilan last minit punya duty...Kmid gantikan dengan seorang teman yang memang citarasanya agak particular cikit. Bila dia bagi review yang baik terus k mid terfikir nak bawak family berbuka puasa di sini. EDC Hotel nie dah di renovate baru...kalau dulu hotel ini dikenali sebagai Puteri Park Hotel..dan k mid  pernah menginap di sini bersama group dari Indonesia kira2 2 tahun yang lalu. Terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Untuk Ramadan kali nie EDC Hotel dengan temanya "Selera Kuali Emas" Dengan harga RM60 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak2,  buffet ramadan EDC Hotel yang bertempat d...

Pak Harun Family : Majlis meraikan anak-anak yatim, ibu tunggal dan asnaf

  13 Mei 2018 Assalamulaikum semua... Alhamdulillah.. syukur ke hadrat allah s.w.t ...sekali lagi keluarga Pak Harun di beri peluang untuk mengadakan majlis untuk meraikan anak-anak yatim, ibu tunggal dan asnaf. Majlis ini biasanya di adakan setahun 2 kali di kampung kami dengan kerjasama Surau Zahidiah Kampung Melayu Sg Buloh. walaupun semua sibuk memasak untuk majlis esok namun meraikan ibu2 yang banyak berjasa di dunia ini tidak di lupakan "SELAMAT HARI IBU" Majlis di mulakan dengan bacaan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.w. dan bacaan doa Sumbangan untuk ibu tunggal...disempurnakan oleh Tuan Rumah aka Pak mertuaku (Pak Harun) Sumbangan untuk Anak2 yatim Jamuan di sediakan oleh kami sekeluarga Terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan dan bagi pihak k mid sekeluarga rasa bersyukur dapat menyumbangkan sedikit sumbangan dan tenaga bagi menjayakan majlis nie. Dan yang paling penting kat sini nak k mid nyat...

Buffet Ramadan 2018 di Hotel Hype Motosports Kuala Lumpur

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Ramadan akan berkunjung lagi ...hanya tinggal kira-kira seminggu semua umat islam di seluruh dunia akan berpuasa di bulan Ramadan tahun 2018. Di sini k mid nak cerita sedikit mengenai Preview  Buffet Ramadan yang k mid hadiri pada   6 hb. Mei di Hotel Hype Motorsport Kuala Lumpur @ Paddock Club. Buat pengetahuan semua Hotel nie dahulunya di kenali sebagai Nouvelle Hotel .  Mudah aje lokasi hotel nie iaitu di KM8, Kuala Lumpur - Seremban Highway 43300 Seri Kembangan,  Selangor Darul Ehsan ( Berhampiran Toll Sg Besi ) Dengan bertemakan " Cahaya Ramadan " di Hype Motorsport Hotel ...marilah kita menikmati seleksi hidangan yang menyelerakan. Kambing Bakar antara menu utama Lain-lain menu Nasi Goreng kambing, udang sambal petai, kari ayam kapitan, ikan talapiah masak berlada dan jugak ulam-ulaman Antara kuih muih yang akan menambat selera semua Buah2an,  jeruk2 dan rojak buah ...

RESTORAN GOLEK-GOLEK SUASANA KAMPUNG

Assalamulaikum semua Sempena hari lahirkak mid  pada 2hb. Mei baru2 nie....anak2 dan hubby belanjalah makan di Restoran golek2 suasana kampung yang terletak di pinggir lebuhraya MRR2  di Gombak. Sebenarnya dah lama k mid teringin makan kat sini sebab kak mid selalu jer lihat signboard restoran nie bila k mid ulang alik dari tempat k mid kursus pelancongan di Wangsa Maju tapi baru nie berkesempatan.. Terima kasih anak2 dan hubby...dapat hadiah gelang emas lagi..nie yang terharu sangat. Waktu kami disini , ramai yang buat majlis sambutan hari lahir...jadi meja makan dan tempat duduk di hias cantik.. tak dapat nak snap gambar sbb hujan turun. Jalan menuju ke restoran nie kena mendari bukit dan kalau menurun bukit agak  curam dan apabila naik ke sini  kita kena parking kereta di tempat lapang di belakang restoran. Kena hati hati sebab ada construction di tepi jalan..dan signboardnye pun agak kecil...klu tak hati2 bole terlajak dan kena berpatah balik agak ja...

Percutian Shenzen Guangzhou (Day 2)

Assalam semua Day 2 Hari nie...cuaca tiba2 hujan pulak...nasib baik hanya lebat pada awal pagi...dan kira2 pukul 9.00 pagi beransur2 renyai...dalam bilik hotel masing2 ada di sediakan payung.. apa lagi pinjam jap. Mula sekali melawat Shenzen Bay..Kat sini ada taman aje dan ukiran batu..Kalau musim buah banyaklah pokok Lychee dan Longan Safiah dan maknya...Makcik nie kuat walaupun dah berusia 72 tahun, langsung x mengeluh penat...buatkan k mid lagilah semangat. Asyik para jemaah mendengar info dr T guide....hujan2 bertambah sejuk lah... Semuanya sporting belaka Yang penting..gambat TL nie mesti ada...x kira..suruh jer siapa2 tolong ambik gambar..hehehe Menghabiskan kira2 sejam di sini ...hanya pusing2 di taman ini..ada puncak tertinggi tapi x laratlah nak naik ke atas ..dengan hujan lagi so teruskan saja ke destinasi yang kedua..iaiti Window of the World. Ini dia  window of the world..pandangan dari depan Window of the world ialah sebuah theme par...