Skip to main content

PERCUTIAN DI LOMBOK 4 HARI 3 MALAM

Assalamulaikum dan salam sejahtera...
Tiba-tiba semangat untuk menaip datang selepas membelek2 photobook ....photobook dah siap,  blog langsung x update...hahaha..
Kali nie nak story sikit pasal percutian bersama en husban dan sepasang lagi suami isteri kawan kami...kira2nya anniversari triplah....hehehe

Seperti biasa....google2 lah mencari tiket murah 1 atau2bulan sebelum naik pergi (kitaorang pergi nie awal bulan November 2017)....nie k mid sibuk baru nak update...
So ...dapat lah tix sorang dalam rm340pergi balik... inilah yang termurah klu 2 bulan baru nak cari...orang beli setahun awal atau waktu 0 fare bolelah dapat lagi murah .....Ini kira oklah bagi k mid.

Percutian ke Lombok kali nie adalah untuk sambutan ulangtahun perkahwinan sahabat kami yang tarikh anniversari sama dengan tarikh kitaorg ke Lombok iaitu pada 9hb November 2017.  Kebetulan kak mid pun sambut anniversari pada 25 October ...so sekalilah buat Honeymoon Trip.

Kak mid pernah ke Lombok beberapa tahun lalu tapi cuma ke Mataram tidak sampai ke Gili,..jadi kali nie hajat nak ke Gili tercapai..alhamdulillah...

Yeah... kami nak naik boat ke Gili Terawangan dah......


Kami naik penerbangan awal pagi ke Lombok  dan apabila sampai di airport ..Pak Ibrahim(pak supir kami sudah sedia menunggu.... selepas  makan tengahari terus naik bot ke Gili Terawangan

Naik private boat ke Gili Terawangan(kami aje yang conquere boat nie)
Kira2 15 minit dengan boat laju tibalah di Gili terawangan
Disini k mid nak bagi itinerari lengkap ya... supaya orang lain dapat menafaat nya...K mid tak kisah pun sesiapa nak gunakan ya...

Day 01

Flight 8.40 pagi dari klia2 ke Lombok .Arrived pukul 11.40 ( 3 jam perjalanan)
Straight ke Pelabuhan Teluk Nara(guna private fast boat ke gili terawangan)
Sampai Gili Terawangan terus check in  hotel ..lepas check in..klu nak mandi kolam renang mandi lah (sebab tue elok sewa villa  yang ada swimmning pool sbb tak boring sangat). Korang bole sewa basikal round island  nak guna kaki jalan-jalan pun bole tapi jangan complaint kaki nak tercabut ye...hehehe..(besar jugak gili trawangan nie tau).  Malam gi night market diorg..jual makanan je..bole cari makanan apa yang korang suka...


nielah Villa kiatorang...villa phi phi 2...kluar bilik terjun jer kolam...sangat private  dan sesuai sgt untuk k mid dan hubby..harga pulak amat berpatutan
Day 2
Breakfast
Pukul 10.30  pagi dah start snookeling di 3 gili.( gili trawangan, gili nemo dan gili,air)
Lunch dekat gili air
Settle snookeling dalam pukul 3 then balik terjun swimming pool kemudian bersiap untuk ke sunset view point (Lepak ombak sunset)
Pukul 5 petang adalah waktu terbaik nak tengok matahari terbenam


cantik tak gambar nie...nie kat Ombak Sunset...sikit pun k mid tak edit

with hubby..bila malam semakin menghampiri

Day 3
Breakfast
Check out villa kul 11.00 pagi
Nak private  fast boat dari Gili ke Teluk Nara
Terus ke water fall (sendeng Gile & tiu Kelep)
Untuk ke waterfall- perjalanan naik kereta 1jam setengah...kemudian jungke trekking dlm 2 Jam return...k mid smpai lah 3 jam sbb orang lama,,slow cikit
Settle waterfall,  terus ke point2 untuk tengok matahari terbenam pulak ( pantai tebing,  villa hantu, malibu 1 & 2, Pantai senggigi dan pantai marese)
Lepas tue check in hotel di Mataram

air terjun Sendeng Gile
Air terjun Tiu Kelep

Dinihari di Villa hantu

Gambar2 waktu snokeling gi Gili nemo dan Gili air...  masyallah ....indahnya ciptaan tuhan

Di Pantai Marese...kena hiking cikit untuk smpai ke sini...memang cantik..patutlah Ariel dan Wawa zainal buat video clip kt sini


 Banyak lagi gambar2  yang cantik...biarlah jadi koleksi kami jer....

Day 4
Breakfast
Check out 12.00 pm
Memandangkan flight balik kul 7 malam.  so bolehlah pergi tour di Mataram dan memburu ole2.  Bole singgah di Lombok exotic, Sasaku, Gandrung Legong dsbnya....
Bole singgah di tempat tenunan Sasak Village
Tempat pembuatan tembikar
Lunch

Kul 5.30ptg  bole ke airport ya

Berbasikal dan kereta kuda adalah pengangkutan rasmi di sini...pastikan anda fit sbb banyak mengayuh basikal...hahaha
Di sasak Village ... bolelah beli kain tenunan di sini...Yang berbaju hitam kanan sekali tue Pak Supir kami Pak Ibrahim
 Bajet bolelah buat sendiri berdasar kan Poket masing2 ya

1. Flight Air Asia RM340 pergi balik...agak mahal sbb kak mid beli lagi sebulan nak pergi...anak k mid dapt RM170 pergi balik sbb beli setahun...hehehe...so..it"s depend on how you all beli tix ya...

2. Transport ke teluk nara 300,000 rp (1 van/5-6 orang)

3.  Private fast boat 400,000 rp....korang bole jimat kt sini sebab ada 2 pilihan untuk ke Gili trawangan.  Samaada guna public boat di Bangsal dan Private boat di Teluk Nara.  Public Boat naik dalam 30 orang (orang2 diaorang penuh...serabut rasanya...ayam itik semua ada)..perjalanan 1 jam untuk ke gili trawangan tetapi murah 45,000 rp per person. Boat penuh baru bole jalan.
Private Fast boat hanya dinaiki group korang je....15 minit perjalanan...selesa tapi mahal cikit ya. 400,000 rupiah perboat..lagi ramai group korang lagi jimat.

4. Pandai2 lah cari villa di Gili nie...bole tengok di Booking.com, Agoda dsbnya..nak yang mahal ke...nak yang unik ke..nak yang ada swimming pool ke tidak... ada include breakfast ke idak..
Bole guna link nie ...isyallah kita sama-sama dapat reward.. k mid dah cuba dan alhamdulillah dapat lah sikit reward dari Booking.com

 https://www.booking.com/s/21_4/midara33


5. Sewa basikal 40,000 rp tuk 24 jam...biasa kebanyakkan villa ada sewa basikal...lebih masa pun diog x kira sangat.

6.  Snookeling 100,000 rp seorg.... 1 public boat ada 20 orng...tapi nasib k mid baik...satu boat 8 orang jer...mcm private boat pulak.

7.  Gili gelato ais krim wajib cuba dekat gili terawangan nie... 25,000 rp satu scoop

8. Tranport untuk ke waterfall dan tour 500,000rp per trip. Sampai di Waterfall elok pakai local guide bagi yang first time gi sini...Harga untuk guna local guide ke waterfall dalam 300,000 - 350,000 rp...jgn lebih dari itu sbb ramai yang dah terkena...ada yang kena smpai 600,000 rp.

9.  Transport dari Mataram ke Airport dalam 200,000rp tapi klu nak tour lagi jadi 300,000 rp.

10.Last sekali.... Jangan lupa makan Ayam Bakar Taliwang dekat alam Nyaman...sedap Wey!!!

So...Total hangus  k mid lebih kurang macamnie:-

1.  Air tiket              -  RM680.00  (Termasuk meal dlm flight)
2. Grab                    - RM100.00
3. Hotel/villaGili     - RM254.00
4. Hotel Mataram    - RM100.00
5. Transport             - RM357.00
6. Makan                 - RM250.00
7. snookeling           -  RM60.00

Jumlah                      RM1,801.00 ( inilah kos untuk 2 orang)

So.... rasanya berbaloi2....percutian yang best dengan kos yang termampu.

Bagi yang berminat nak ke Lombok nie ...dan tercari2 Pak supir yang baik hati dan tak berkira...semua tempat dia bawak...korang ckp aje... lagi pun dia ada fast boat sendiri ...
Whatsup kak mid  +6018 9496995  Bolelah k mid recommendkan Pak Ibrahim pada korang.

Salam Sayang



Note  :   Thanks to my daughter Nadjaz yang sebenarnya buat itinerari untuk k mid...lov you girl..




Comments

  1. Thank you kak mid for the itinerary😘

    ReplyDelete
  2. Anda rasa Pakej percutian kurang flexible? Saya menawarkan hanya khidmat pemandu sewa sahaja...jam dan tempat ditentukan oleh anda, in shaa Allah saya akan pastikan anda mendapatkan pengalaman terbaik disini dan saya fasih bahasa melayu in shaa allah anda takkan rase kekok dlm berkomunikasi

    Berapa harga yg saya charge:

    Murah sahaja! 400K tanpa minyak untuk 14 jam!anda yg menentukan bila anda nak keluar!

    Ada pertanyaan?
    Whatssap saya
    +6282359042448(azlan)

    Atau email saya
    Mohammadnorazlan@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. CUTI CUTI INDONESIA
    Customers statisfaction is our priority, Supported by expert and professionals driver and tour leader.
    Make sure that your trip will remember for a long time.
    Pakej tour / Transport Seluruh Indonesia.

    TRANSPORT ( Driver, Fuel, Parking )
    PACKAGE YOGYAKARTA
    PACKAGE SURABAYA BROMO
    PACKAGE BANDUNG
    PACKAGE BALI
    PACKAGE KARIMUNJAWA
    Etc

    Instagram : cuticutiindonesia
    Facebook page : Cuti Cuti Indonesia
    Email : cuticuti.idn@gmail.com
    More info and Itinerary please contact +6282250960004

    ReplyDelete
  4. Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Lombok.
    Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dijamu juga enak.
    Pokoknya,kalau mahu ke Lombok hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
    Makasih ya empunya blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi

    ReplyDelete

  5. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
    Hai hai hai
    Mana andika medan....
    Mana andika medan....
    Mana andika Medan ....
    Tak usah lagi cari saya?? sebab saya sudah disini.. Haha

    PAKEJ MELANCONG MEDAN, LAKE TOBA, BERASTAGI PRIVATE TOUR BERMULA RM 380


    -NAK CARI PAKEJ MEDAN YANG SANGAT TERMURAH DAN BERBALOI..
    -NAK CARI PAKEJ MEDAN YANG SANGAT TERPECAYA UNTUK KESESUAIAN HATI..
    -NAK CARI PAKEJ MEDAN YANG SANGAT TERBAIK SERTA KEPUASAN HATI..
    BOLEH LIHAT TESTIMONI SAYA WASAP SEGERA

    📣📣📣MENAKJUBKAN 📣📣📣
    HANYA DISINI ANDA AKAN MENDAPATKAN GIFT
    Ada 2 macam gift
    1 gift di bagi semasa perjalanan
    1 lagi gift untuk bawak balik malaysia..
    Kedua nya boleh di dapat kan bila saudara sudah comfrim

    DAPATKAN HARGA KHUSUS INI, ANDA JIMAT
    *RM30.00/orang ✈✈✈✈✈✈✈✈*

    +6282274123701
    instagram : pakej melancong medan
    Page: pakej melancong medan
    Facebook :andika pekej medan berbaloi

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...