Assalamulaikum dan Hi semua...
Kak mid baru aje balik dari Mersing...kulit pun dah berkilat dek sunburn....tak kisahlah sunburn ke
tidak kan...sebulan nanti putih lah balik ..hehehe..
Nak tanya sikit... Siapa dah pernah pergi ke Taman Laut Sultan Iskandar Di Johor??
Mungkin kalau cakap Pulau Sibu atau Pulau Rawa ramai yang tahu kan...... sebab pulau ini lebih terkenal dan banyak di kunjungi pelancong berbanding pulau2 lain. Jadi Pulau-pulau nie memang sudah termasuk di dalam kawasan Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI).
Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) berkeluasan lebih 8,000m hektar
terdiri dari 13 pulau yang di gazetkan sebagai sebuah taman laut di
negara ini, menjadikan kawasan ini sebagai kawasan yang dilindungi
untuk mengekal dan memulihara pelbagai habitat serta kehidupan marin.
Taman
laut ini di bahagikan kepada 6 kumpulan gugusan pulau iaitu Pulau
Tinggi, Pulau Aur, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil, Pulau Besar dan Pulau
Rawa.
Dahulunya di kenali sebagai Taman Negara Johor Kepulauan
Mersing, penjenamaan semula kepada Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI)
oleh baginda Sultan Ibrahim pada 15hb Ogos 2013 mampu menarik lebih
ramai pelancong ke sini.
13 pulau ini bole dikatakan adalah "heaven" bagi penyelam2 skuba kerana sangat cantik dan kaya dangan khazanah laut.
|
Cantikkan...nie waktu Scuba Diving...rugi k mid xda lesen Scuba... kredit foto : En Cenggitu |
|
Taman Laut Sultan Iskandar boleh di kunjungi melalui 2 jeti iaitu Jeti
Mersing dan Jeti Tanjung Leman. Bagi pengunjung yang ingin ke gugusan
Pulau Besar adalah lebih dekat mengunakan Jeti Mersing manakala yang
pengunjung yang yang ingin ke gugusan Pulau Sibu, Pulau Aur dan Pulau
Pemanggil boleh menggunakan Jeti Tanjung Leman.
Dah tahu serba sikit tentang Taman Laut Sultan Iskandar...so jom kita terjah...
Kak mid dan kawan2 blogger yang lain mendapat undangan dari Tourism Johor dan Persatuan Penulisan Pengembaraan Malaysia (TRAM) untuk ke sini... jadi k mid tidak lepaskan ..demi untuk melihat sendiri keindahan Pulau2 ini.
Kami tiba di Jetty Mersing kira jam 11.30 pagi iaitu kira2 4jam setengah perjalanan dari Matic, Kuala Lumpur
|
Ini dia Mersing Harbour Centre |
|
Paluan kompang bergema menyambut ketibaan kami |
|
Selepas makan tengahari , kami pun ke Jeti untuk berangkat ke destinasi pertama yaitu ke Pulau Besar
|
Ini lah jeti Penumpang Mersing |
|
Perjalanan dengan botlaju mengambil masa kira 30 minit untuk smpai ke Pulau Besar dr Jeti Mersing...melambung2..rasa macam naik roller coaster....anyway abg Pilot hebat...hahaha |
Kami di sambut dengan begitu meriah oleh staff Bayu Lestari Island Resort.
|
Jeti kayu Pulau Besar |
Lepas aje check in dan minum petang..kak mid terus ke tepi pantai.rasa dah x sabar2 nak menikmati keindahan pulau besar nie ....
|
cantik dan mendamaikan..tak payah pergi smpai ke Maldives...kt sini pun cantik sangat. |
PULAU BESAR
Pulau Besar nie dahulunya di kenali sebagai Pulau Babi Besar ( tak pulak k mid tahu kenapa di dulunya di panggil Pulau Babi Besar..mungkin banyak binatang tue kat situ ke...entah le).
Ia merupakan sebuah Pulau di Laut Cina Selatan di Daerah Mersing dan dikelilingi oleh beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa. Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi.
Mempunyai pantai yang berpasir putih dan memiliki aneka khazanah alam dalam hutan tropikanya.
Turut memiliki kisah Lagenda, iaitu kisah sepasang suami isteri nelayan yang telah bertukar menjadi ikan duyung. kisah terjadi apabila isteri nelayan tersebut mengidam untuk makan beberapa rumpai laut dan apabila dapat makan rumpai laut dia pun bertukar menjadi ikan duyung. Suaminya yang amat berputus hati atas apa yang berlaku terhadap isterinya turut memakan rumpai laut tersebut dan telah bertukar menjadi ikan duyung jugak..... begitulah cerita dongeng tentang pulau besar ini hingga ada yang mengatakan sehingga sekarang pasangan ikan duyung itu akan timbul untuk menjamah rumpai laut yang terampai di pulau ini.
Di Pulau Besar ini ada beberapa resort antaranya Aseania Beach Resort dan D' Coconut Beach Resort tapi Penginapan kami kali ini di Bayu Lestari Island Resort.
|
Bayu Lestari Island Resort yang baru beroperasi |
|
|
Chalet2 di Bayu Lestari Island Resort nie |
Antara aktiviti yang bole di lakukan di sini selain bermandi manda, snookeling dan berlarian di tepian pantai, bolelah berbasikal, berkayak dan bermain bola serta tarik tali .
|
Happy sangat kitaorg... dapat berkayak dan naik basikal..almaklumlah dah lama x berkayak dan berbasikal |
|
|
|
Bolelah hubungi Bayu Lestari Beach Resort pada yang berminat. Harga dan pakej bolelah bincang sendiri dengan pihak resort.
Esoknya pula kami ke sebuah lagi pulau yang cantik iaitu
Pulau Tinggi
Pulau Tinggi merupakan sebuah pulau yg berbentuk bujur dan terletak kira-kira 20 batu nautika (37km) dari selatan tenggara Mersing. Pulau ini dikenali dengan nama Pulau Topi Jeneral (General's Hat Island) oleh kelasi cina pada zaman dahulu. Pulau ini boleh di akseskan melalui Jeti Tanjung Leman. Ada sebuah resort aje di Pulau ini iaitu Tad Marine Resort.
|
Setelah hampir 30 minit menaiki bot laju dari Pulau Besar....kamipun sampai ke Pulau Tinggi |
|
| . Kredit foto : En Eazy |
|
View Laut di hadapan Tad marine Resort |
|
Dihadapan penginapan kami di Tad marine resort. |
|
Bilik kami yang selesa. |
Seperti Pulau Besar jugak, ada beberapa aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini dengan bantuan guide antaranya melihat penyu mendarat dan menetas. Tapi malang bagi kami ...kami tak dapat melihat penyu pun mungkin belum musimnya...(waktu yang sesuai kena rujuk pada pihak resort ya).
Kita juga boleh pergi Island Hoping....seriuosly cantik semua pulau2 kt sini
|
Nie di Pulau Mentinggi |
|
Ini sewaktu snookeling di Pulau Mentinggi. |
Selain Pulau Mentinggi ada beberapa pulau lagi yang bole kita snookeling...antaranya Pulau Ibol dan Pulau Simbang.
Lepas aje selesai snookeling di Pulau Mentinggi...ada satu lagi aktiviti menanti kami iaitu Jungle Trekking ke air terjun Pulau tinggi.
|
Kredit foto : ruggedmom.com |
|
Kredit foto : ruggedmom.com |
Kena jungle trekking dan mendaki kira2 30 ke 40 minit untuk sampai ke air terjun....tak dapat lah k mid ceritakan pengalaman k mid ya sebabnya k mid tak pergi pun ...kehabisan tenaga guna snookeling hahahha.... so siapa datang ke Pulau Tinggi nie bolelah berurusan dengan pihak resort untuk aktiviti ke airterjun.
Begitulah pengalaman kak mid di Pulau Besar dan Pulau Tinggi. Kalau ada peluang nak jugak menjejak kaki ke pulau pulau lain di Taman Laut Sultan Iskandar nie. Insyallah bole pergi sendiri lepas nie.
|
Pada yang berminat nak bercuti di Tad Marine Resort bolelah ke website www.tadmarineresort.com |
|
Apalagi kawan-kawan...marilah melancong dan menerokai pulau-pulau indah di Malaysia. Pasti tidak mengecewakan anda....
Jom kita ke Pulau Besar!
Jom kita ke Pulau Tinggi !
Jom kita ke Taman Laut Sultan Iskandar!
salam sayang,
Ucapan Terima kasih kepada :
Persatuan Penulis Pengembaraan Malaysia(TRAM)
: Tourism Johor
: Bayu Lestari Island Resort
: TaD Marine Resort
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN