Assalamulaikum.
Kak mid bersambung lagi bercerita tentang Muar untuk hari yang ke 2...
Seawal 8.30 pagi semua peserta dah bersiap untuk Check out dari Hotel Traders . Kami akan di bawa bersarapan di
R& H Cafe (Sate Maharani). Sebagai Bandar Maharani...salah satu tarikan dan keunikan Muar ialah makanan tempatan yang enak dan sedap..
Jom kita terjah makanan di R& H Cafe nie....
|
Sebahagian dari Kueh mueh yang di hidangkan |
|
Ada Lontong, Mie Rebus dan Meat ball |
|
Nie dia hidangan utama,,,Satay. |
|
|
Di Muar nie... Satay menjadi menu utama untuk sarapan
|
Terima kasih R & H Cafe kerana sarapan yang sedap nie |
|
|
|
|
|
|
|
Nie. alamatnya :-
R & H Cafe Satay Maharani
No.15 , Jalan Temenggong Ahmad 26/1,
Taman Sri Temenggong,
Jalan Temenggong Ahmad,
84000 Muar Johor
Dibuka seawal 7 pagi hingga 12.30 malam setiap hari kecuali hari Jumaat
Perjalanan di teruskan ke destinasi berikut iaitu ke
Don Hu Jurassic Park Garden
Don Hu Jurassic Park Garden ini dulunya di kenali sebagai Don Hu Nursery. Minat pemilik Nursey ini En Heng Chiang Hwee terhadap haiwan prasejarah mendorong beliau menghias kebun beliau dengan patung Dinasour yang di tempah dari China.
|
Nie Dinasour2 yg ada dalam bangunan. Ada juga pertunjukan Dinasour untuk pengunjung. |
|
Tengok tue...orng2 dewasa lak yang happy jumpa dinasour..........hahaha |
|
Nie semua dinasour di kawasan luar,,,,seramnya |
|
Bole naik anak dinasour ni....best jugak rasa kembali ke zaman kanak2... kak mid mmg excited lebih...huhuhu |
|
Bole beli jugak permainan2 bertemakan dinasour dan Jurassic Park dengan harga yang lebih murah berbanding di luar |
Buat masa nie tiada bayaran masuk di kenakan di sini...cuma kalau nak main anak Dinasour tue kena bayarlah ya...tak mahal pun dalam Rm3-5 satu pusingan...
Apalagi ...kalau dah sampai Muar bolelah bawak anak2 ke sini...iaitu di Jalan Pintasan Muar.
Lawatan seterusnya ke Pusat penanaman & semaian Nursery terbesar di Malaysia iaitu
Tankok Leyong Nursery
|
cantik2 bunga kt sini..mcm kt Cameron Highland |
|
Sessi penerangan dari pemilik Nursery | | |
Selesai di Tankok Leyong Nursery...perut pun mula berkeroncong...kami pun di bawa ke Ke
Nasuha Herbs & Spices (Ladang Herba dan Rempah Ratus Nasuha).
|
Inilah Makanan Tengahari kami iaitu Briyani Herba,,nyam2 |
|
Antara produk2 keluaran Nasuha herbs & Spices |
|
Dapat merasa minuman2 herba yang berkhasiat dari Ladang Nasuha nie |
Selesai makan tengahari kami di bawa menaiki Trem untuk melawat ladang rempah ratus Nasuha
Kami di beri penerangan tentang jenis pokok herba dan khasiat2nya
Dan seterusnya perjalanan kami ke tempat yang cukup bersejarah iaitu
Galeri Darurat Bukit Kepong yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Plaza Tol Pagoh.
Galeri Darurat Bukit Kepong ini diharapkan menjadi sumber rujukan masyarakat khususnya generasi akan datang mengenai keganasan yang dilakuakn oleh pihak komunis. Galeri ini juga menghimpunkan peristiwa perjuangan pasukan keselamatan ketika zaman darurat di seluruh negara. Banyak artifak2 bersejarah terutama yang di gunakan oleh pasukan keselamatan pada zaman darurat di tempatkan di sini.
|
Antara bahan bahan penerangan dan artifak Tragedi Bukit Kepong yang di pamerkan. |
Paling utama Galeri Darurat Bukit Kepong ini diwujudkan adalah bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan setiap ahli pasukan polis yang telah berjuang debgan semangat keperwiraan dan keberanian dalam tempoh darurat dari tahum 1948 hingga 1960
|
Kami juga di bawa ke pusara anggota polis yang terkorban yang terletak berhampiran balai |
|
Al fatihah buat mereka yang terkorban...sesungguhnya perjuangan mereka ini akan di kenang buat selama-lamanya |
|
Bergambar bersama anggota Polis yang berpakaian ketika era terdahulu |
|
Sessi bergambar di hadapan Galeri |
Selesai sudah lawatan hari ke 2 ke Muar...sesungguh Muar mempunyai Sejarah dan keunikannya yang tersendiri. Jadi apa lagi yang di tunggu......bawalah famili anda melawat tempat-tempat menarik di Muar sambil menikmati keenakkan makanan nya.
"ORANG MUO GAYA MUO"
Salam sayang,
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN