Skip to main content

Famtrip ke Bandar Muar Johor

Assalamulaikum semua dan salam sejahtera
Alahamdulillah...mendapat peluang berkunjung ke Muar, Johor bersama Pihak media, Travel Writer Ascociation Malaysia(Tram), blogger.MATTA , Tourism Johor Serta Tourism Muar pada 27 & 28  Januari baru- baru ini.

Sebenarnya Kak mid pernah ke Muar...kira- kira 7 tahun yang lalu(lama tue..hehehe.).ketika masih bekerja dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM).  Kami mengadakan Expo perniagaan untuk Peniaga Indusri kecil dan Desa.  Kak Mid ingat lagi macamana sambutan yg di berikan oleh peniaga2 di sana pada ketika itu amat mengalakkan. Bila dapat peluang lagi...apa lagi Kak mid sanggup tolak job lain,,,.demi nak kesana lagi.hahaha......

Inilah Monumen mercun tanda Bandar Di raja Muar
Bandar Maharani Bandar Diraja merupakan nama rasmi bagi Bandar Muar di Daerah Muar Johor. Pengisytiharan rasmi Bandar Maharani Bandar Di raja di sempurnakan oleh DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 24 November 2012,  dinamakan bersempena gelaran isteri kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim iaitu Maharani.

Perkataan 'MUAR' dipercayai berasal daripada perkataan MUARA. Berkemungkinan lain ia berasal dari perkataan hindu "muna" dan "Ar" yang bermaksud Tiga dan Sungai, mengambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui Bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.

Dari segi sejarah pula Empayar Kesultanan Melaka dikatakan bermula dan berakhir di Muar dan mengikut sejarah melayu Parameswara yang mengelar dirinya  sebagai Sultan Iskandar Syah terlebih dahulu cuba membina penempatan di di Kota Biawak Busuk dan Kota Buruk di daerah ini selepas melarikan diri dari Singapura yang ketika itu di kenali sebagai Temasik.

Dan baru-baru nie Muar telah di nobatkan sebagai bandar paling terbersih di Asean dan semestinya dengan status nie bole menarik ramai pengunjung ke Bandar Muar dan seterusnya menjana ekonomi para penduduk di sana.

Kunjungan para media , penulis serta ahli Persatuan Ejen-ejen pelancongan dan pengembaraan Malaysia (MATTA) sudah tentu akan memberi liputan yang lebih meluas untuk destinasi2 pelancongan menarik di Bandar Muar ini.

Seawal jam 5 pagi kak mid dan pihak media, blogger serta rakan rakan dari TRAM berkumpul di Matic Kuala Lumpur untuk sama-sama bertolak ke Muar. Kami perlu tiba di Muar pada pukul 8.30 pagi kerana ada polis pengiring serta kereta2 mewah yang akan mengiringi kami hingga ke Hotel Traders di mana majlis resepsi bermula.


Logo Rasmi Tourism Muar di perkenalkan

Muar Travel Map 1.0



Sambutan meriah di berikan  bermula dari Hotel Traders Muar
 


Deretan kereta mewah mengiring bas kami  untuk mengeliling bandar Muar

Tempat lawatan pertama ialah ke Mural The Loving Sisters atau Adikku Sayang
Mural ini adalah Potrait Mural yang terbesar di Malaysia berukuran 11.89 meter tinggi dan 9.75 meter lebar  telah di lukis oleh Julia Volchkova seorang pelukis mural dari Rusia. Lukisan mural ini dapat di siapkan dalam masa 10 hari pada 17 julai 2016.
Diilhamkan  dari wajah 2 beradik iaitu wajah Nur Najwa Aliesya dan Nur Najiyah Amani .  Julia terserempak dengan 2 beradik ini di Tanjung Emas dan sempat merakamkan potret mereka.  Kasih sayang yang ditunjukkan oleh 2 beradik ini mencerminkan eratnya permuafakatan dan rasa cinta warga Muar terhadap Bandar Di raja ini.
Penduduk Muar juga ada gaya tersendiri untuk menampilkan ke unikan mereka dengan menzahirkan dengan perkataan dan percakapan "Orang MUO..gaya MUO"


Lawatan seterusnya ialah ke Kuil Nattukottai Chettiars' di Jalan Meriam (sumber : google)

Para tetamu di beri sambutan meriah

Kuil ini merupakan kuil tertua di bandar Muar.  Mempunyai rekabentuk menarik serta berwarna warni.  Terletak di Jalan Meriam iaitu di tengah Bandar.

Diraikan Jamuan Makan Tengahari di Parit Jawa
Dah tentu di sajikan dengan Masakan Asam Pedas dan Kupang kerana Daerah ini memang terkenal dengan masakan tersebut
Selepas jamuan makan tengahari selesai,  rombongan di bawa untuk menyaksikan persembahan Tarian Singa oleh Pertubuhan Tarian Singa dan Naga Kung Seng Keng.

Persatuan  tarian singa dan naga ini juga di sertai oleh anak muda dari kaum melayu dan india
Persatuan ini telah banyak kali memenangi kejuaraan Dunia
Aturcara hari pertama di teruskan lagi menuju ke Desa Keroma Eco Resort

Desa Keroma Eco Resort merupakan destinasi Eco Pelancongan yang menarik di Muar.
Lokasi di Parit Keroma Laut Jalan Joned  berdekatan dekat Jeti Nelayan Muar.



Disini kita bole lihat penternakan kupang dan mencuba mengutip Kupang.  Biasalah kak mid mestilah tak lepaskan peluang  tue.....


Di sini bole sewa rumah penginapan untuk family  atau untuk kumpulan, bole buat team building,photo shoot pre wedding dan bole mencuba aktiviti-aktiviti sukan tradisional seperti memanah dan  bermain sepakraga.
Untuk pertanyaan dan tempahan  bole hubungi :
018 9024138  En Haziq Abdullah
email  : desakeroma@gmail.com
Alamat  : 5923 Parit Keroma Jalan Joned
Bandar Maharani Bandar DiRaja, Muar Johor

Destinasi seterusnya ialah menaiki River Cruise

Masa perjalanan river cruise nie lebih kurang 30 minit

Siapa berminat kad mid dah letakkan harga dan info kat sini  ya

Selepas makan malam di Restoran MarinaTanjung Emas dan menikmati soup kambing yang enak kami pun check in di Traders hotel Muar...Walaupun letih dari pagi hingga malam..namum pengalaman yang di kutip amat bermakna...

Nie dia Amir Soup House..
Walaupun dah kenyang...kami makan lagi soup kambing kt Amir Soup House..ternyata tidak mengecewakan
Amir Soup House atau Muar Soup House (berhampiran Wetex Parade Shopping Mall)
Alamat  : 47 Jalan Sisi
84000 Muar Johor
tel : 06 9541786
email  : amier786@gmail.com

Sekian ...untuk lawatan Hari Pertama....

Salam Sayang,




Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...