Assalamulaikum semua.
Dah 9 Ramadan rupanya....Hari tue pasang angan2 nak selalu update blog tapi apakan daya ....banyak cerita yang tersadai..entah bila nak update...xapalah ...buat jer time ada mood dan time mampu kan!!!
Hari nie k mid nak review tentang The Shore Sky Tower Melaka..tentu ada yang dah kesana...bagi yang belum bolelah layan cerita k mid nie....
Ini k mid ambik dari petikan sebuah akhbar tempatan :
Kini, terdapat satu tarikan baharu yang wajib dilawati sekiranya pengunjung bertandang ke negeri ini iaitu The Shore Sky Tower yang menjanjikan satu pengalaman menarik dan bagi mereka yang berani dan sukakan cabaran.
Jika sebelum ini, orang ramai hanya melihat di kaca televisyen orang berdiri di atas kaca telus di tempat tinggi yang menguji keberanian seseorang.
Platform yang mampu menampung sehingga lima orang satu-satu masa itu dijamin selamat oleh pihak keselamatan dan pihak The Shore itu bagi tujuan keselamatan dan keselesaan para pengunjung.
Pengunjung perlu menaiki lif hingga ke tingkat 41 dan kemudian ke lif kedua ke tingkat 42 selain berpeluang melalui jalan seakan jambatan kecil yang kelihatan terapung di udara.
Dah 9 Ramadan rupanya....Hari tue pasang angan2 nak selalu update blog tapi apakan daya ....banyak cerita yang tersadai..entah bila nak update...xapalah ...buat jer time ada mood dan time mampu kan!!!
Hari nie k mid nak review tentang The Shore Sky Tower Melaka..tentu ada yang dah kesana...bagi yang belum bolelah layan cerita k mid nie....
Ini k mid ambik dari petikan sebuah akhbar tempatan :
Kini, terdapat satu tarikan baharu yang wajib dilawati sekiranya pengunjung bertandang ke negeri ini iaitu The Shore Sky Tower yang menjanjikan satu pengalaman menarik dan bagi mereka yang berani dan sukakan cabaran.
Terletak di tengah-tengah bandar raya Melaka ia pastinya menjanjikan kelainan dan kepuasan maksimum kepada para pelancong dengan menikmati suasana serta pemandangan yang indah dan mengagumkan dari struktur yang berada tingkat 43.
Jika sebelum ini, orang ramai hanya melihat di kaca televisyen orang berdiri di atas kaca telus di tempat tinggi yang menguji keberanian seseorang.
Mereka yang mempunyai rasa gugup atau gayat pada ketinggian, boleh mencabar diri dengan memijak di atas kaca telus iaitu ‘observatory deck’ yang terletak sejauh hampir 3 meter kaki di ruang khas pada ketinggian 163 meter dari paras laut.
Berdiri pada dek pemerhati yang hanya berlantai dan berdindingkan kaca telus yang membuatkan seseorang yang berdiri di atasnya berasa seperti berada di awang-awangan.
Platform yang mampu menampung sehingga lima orang satu-satu masa itu dijamin selamat oleh pihak keselamatan dan pihak The Shore itu bagi tujuan keselamatan dan keselesaan para pengunjung.
Untuk berada pada dek pemerhati itu, pengunjung perlu menaiki lif hingga ke tingkat 41 dan kemudian ke lif kedua ke tingkat 42 selain berpeluang melalui jalan seakan jambatan kecil yang kelihatan terapung di udara.
Di laluan itu juga pengunjung dapat melihat kumpulan ikan koi yang berenang menerusi kolam berlantaikan kaca yang terdapat pada tingkat paling atas.
Sky Tower terletak di the Shore Shopping Centre yang terletak dekat Hotel Ramada Melaka |
Ini kaunter tiket yang terletak di Aras 42 |
Inilah harga entrance nya buat rujukan...masa awal pembukaan nya harga dikenakan hanya RM18...sekarang dah naik ya |
Nielah jambatan udara nya ya....tak gayat pun bagi ka mid...janganlah tengok bawah sangat ya |
Nie tangga nak ke tingkat atas sekali. Pengunjung di benarkan berada atau berjalan di sini seramai 5 orng sahaja dalam satu masa |
Pandang lantai atas akan nampak ikan koi nie... |
Nie pandangan bila dah sampai atas |
Nie pula....di tingkat paling atas iaitu tingkat 43 |
Ada beberapa menara pemerhati di sedia kan..so teroponglah puas2. |
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN