Assalamulaikum semua. Dah 9 Ramadan rupanya....Hari tue pasang angan2 nak selalu update blog tapi apakan daya ....banyak cerita yang tersadai..entah bila nak update...xapalah ...buat jer time ada mood dan time mampu kan!!! Hari nie k mid nak review tentang The Shore Sky Tower Melaka..tentu ada yang dah kesana...bagi yang belum bolelah layan cerita k mid nie.... Ini k mid ambik dari petikan sebuah akhbar tempatan : Kini, terdapat satu tarikan baharu yang wajib dilawati sekiranya pengunjung bertandang ke negeri ini iaitu The Shore Sky Tower yang menjanjikan satu pengalaman menarik dan bagi mereka yang berani dan sukakan cabaran. Terletak di tengah-tengah bandar raya Melaka ia pastinya menjanjikan kelainan dan kepuasan maksimum kepada para pelancong dengan menikmati suasana serta pemandangan yang indah dan mengagumkan dari struktur yang berada tingkat 43. Jika sebelum ini, orang ramai hanya melihat di kaca televisyen orang berdiri di atas kaca telus ...