Skip to main content

Percutian ke Sabah (Part 2) - Perjalanan menuju Kundasang

Assalamulaikum semua

Baru nak sambung part 2 percutian k mid ke Sabah...k mid menaip ikut mood..klu rasa malas memang tak tengok pun laptop..hehehe

Lepas pergi snokelling di Pulau Manukan, kami sekeluarga pun menyewalah Hotel budget depan Pasar Sinsuran tue....bagi yang belum sampai ke sini....jgn panik..banyak hotel budget kt sini..dalam RM60 - RM80 semalam...bole jalan kaki jer dari Jetty Jesselton tue...Lepas tue bolelah korang explore pasar tue, pasar Filipine pun dekat situ.....apalagi explore! explore! explore!

Mak nak inteprim jugak....ni gambar depan Jetty Jesselton...keluar sini belok kanan ..jalan kaki pelan-pelan bole sampai pasar Sinsuran....klu tak larat sila ambik teksi ya.

Pasar nie depan hotel Kitaorang...so apa lagi...berbelanjalah...

Pasar Filipine pun kat sini tau..

Seafood kt sini heavan, harga pun perpatutan...we oulls makan x ingat dunia....

Dibelakang pasar...bole lepak2 kat situ...lihat kapal2...

Ok...itu saja DAY 01 punya cerita....pasar malam pun di buka sekitar kawasan tue...korang boleh beli macam.macam..beli manik ke..beli mutiara ke...beli baju ke...dengan harga berpatutan ..jangan lupa beli keropok amplang, beli ikan masin tuk di bawa pulang....

Selepas puas jalan2, makan2  dan beli belah sikit2 ( kenapa ckp sikit2...sebab tengah fikir nak repeat lagi beli barang kt sini lepas balik dari Kundasang...hehehe)

DAY 02

Pagi2 bangun...lepas tue sarapan...ok tentang sarapan,....jangan risau pada yang tak boleh tinggal kedai mamak...tetap ada kedai mamak di kawasan nie....jalan2 sikit..exercise..ya

Lepas tue kereta yang di sewa pun telah tersedia....kami sewa proton saga dengan harga RM120 tuk sehari selama 2 hari ya....

Kak mid nak cerita sikit pasal kereta sewa nie....kak mid tak nak buruk kan orang tapi sikap acuh x acuh orang yang buat business kereta sewa nie buat k mid geram... Ada syarikat kereta sewa yang begitu canggih membuat promosi di Internet dan k mid dah pun tempah di laman web nak booking kereta dah pun confirm tapi bila k mid sampai di KK...call tak jawap...message tak balas...nasib baik k mid x bayar deposit dulu...apalah korang buat business macam nie...bagi k mid sekeluarga panik jer..k mid bole aje letak nama dia kat sini tapi k mid tak nak tutup rezeki orang...
Morale of the Story : Jangan berjanji klu tak boleh tunaikan janji dan kalau buat business tue biarlah betul2...klu tak bole supply...cakap jer tak boleh...

Nasib baik lah anak k mid ada kawan kat KK...budak nielah tolong antar kitorang ke Jetty Jesselton dan bagi contact tuk kereta sewa...bagus pemilik kereta sewa nie..tak berkira langsung...

Note  : k mid dah hilangkan business card kereta sewa nie..jadi sorry k mid x dapatlah letak phone no dia kat sini..mungkin nanti klu jumpa k.mid akan update kan..

Perjalanan di teruskan.................

Dari KK perjalanan di teruskan ke Kundasang.....cuaca pun cantik di sepanjang perjalanan..

Sebelum tue...usha2  papan tanda sepanjang perjalanan...sebab nak berhenti di rumah Terbalik




Dapat jugak gambar rumah terbalik..tapi tak masuk dalam dia...

Sebenarnya kita orang tak masuk pun rumah terbalik nie...kita orang masuk kat restoran dia...minum2 kt situ...nak masuk rumah terbalik nie kena bayar RM10..so husband kata membazir...baik ambik duet itu beli minuman...betul gakkan...gambar dapat gak ambil....

Seterusnya....usha2 nak gi Jambatan Tamparuli...



Dok teringat2....Marsha AF rajin menyanyi lagu Jambatan Tamparuli...akhirnya ku seberangi jua....

Sungai dia ada buaya tau....tengok warna dia....ngeri

Takut jer masa jalan atas jambatan nie...kayu dia macam reput tapi sebenarnya Ok...cuma bergoyang2..
Dah tangkap gambar dan seberang jambatan ini...dengan terhoyong hayang...ngeri gak sikit2...hahaha..teruskan perjalan ke Kundasang...target sampai ke Kundasang kul 2 patang...tak nak lewat takut jalan gelap dan di liputi kabus...


Jalan ke Kundasang agak berliku....bila nampak scenery nie....Gunung Kinabalu...maknanya dah dekat sampai Pekan Kundasang tau..
Hayati permandangan sepanjang perjalanan....macam pi Cameron Highland

Inilah Pekan Kundasang.

Nampak KFC tue...maknanya dah sampai Pekan Kundang..kitaorg tak perasan sebab x nampak pun papan tanda dia..nasib baik kitaorang tak sampai Ranau terlajak...
Kitaorang menginap di Kiram Village...maknanya kena belok ke kiri dan masuk ke jalan menuju Desa Dairy Farm...sebelum tue singgah kt sini...makan tengahari dulu...


Begitulah perjalanan kami menuju Kundasang...

Jumpa lagi..


With luv,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...