Skip to main content

Pesta Persukuan Adat Perpatih 2014

Assalamulaikum ....lama kak mid tak bersiaran..huhuhu.....bila penyakit 'M' menyerang...mulalah bukak FB pun idak....

Kak mid baru2 ini berkesempatan mengikuti Fam Trip ke Negeri Sembilan.  Apa itu "Fam Trip' ?  Dulu k mid pun tak tahu apa itu Fam Trip tapi dah masuk bidang pelancongan nie tahulah serba sedikit...Fam  bermaksud "Familiarisation" iaitu untuk travel agent ke, tourist guide untuk familiar dengan tempat-tempat tersebut dan akan senang untuk suggest pada pelancong.

Terima kasih pada Tourism Malaysia dam My Guide Club yg membolehkan k mid mengikuti trip ini.

Seawal 7.00 pagi, k mid dan kawan-kawan berkumpul di Matic, Jalan Ampang. 2 buah bas di sediakan dan tepat jam 7.30 pagi bas pun bertolak ke Seri Menanti , Negeri Sembilan.


 Kami tiba di Seri Menanti kira-kira pukul 10.00 pagi. Kedengaran bedilan meriam mengiringi ketibaan Duli Yang Maha Mulia Yg Dipertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar. Kira-kira 8 das tembakan meriam di lepaskan .

Rupanya pada hari ini Sabtu (17 Mei) diadakan istiadat bersiram.  Adat bersiram melambangkan kesediaan Duli Yang Maha Mulia Tunku Yang Di pertuan Besar dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan besar menerima tetamu yang Bakal Mengadap.
Perarakan masuk Penghulu Luak bersama Alat Kebesaran

Duli Yang Maha Mulia yg Dipertuan besar serta Tunku Ampuan Besar menaiki Tahta Rencana menuju Panca Persada

Istiadat membawa cepu bedak limau di persembahankan dan baginda berdua mencelup tangan simbolik kepada upacara persiraman


Tari Piring dan Silat di persembahkan bagi menyerikan istiadat
Latarbelakang Istiadat
Istiadat 3 tahun sekali bertujuan mengulangi ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi Dato' Dato' Penghulu Luak Tanah Mengandong serta beberapa Luak Kecil yang berada di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

 Acara ini bermula dari 16 Mei hingga 18 Mei.  Dimulai dari hari Jumaat (16 Mei) iaitu  Istiadat Menurunkan dan Memasang Alat-alat Kebesaran.  Diikuti pada Hari Sabtu (17 Mei) iaitu Istiadat Bersiram. Diikuti pada hari Ahad (18 Mei) iaitu Istiadat Mengadap serta Istiadat Menyimpan Alat Kebesaran.


Pandangan dari atas istana lama
Antara senjata-senjata yang di pamerkan juga ada di jual
Pelbagai acara lain di adakan seperti persembahan Caklempong serta Demotrasi masakan Luak-luak.  Pelbagai kueh-mueh dan masakan tradisional di sajikan kepada para pengunjung.  Antara nya ialah kueh koce, Talam tepung, Bingka Ubi .  Yang paling enak sekali ialah Rendang Pucuk Paku dan Rendang Pucuk Ubi.  Terangkat!!!!


K mid mengambil kesempatan belajar mengayam tampin

Kemudian....K mid dan rakan-rakan mengambil kesempatan seterusnya melawat Istana Seri Menanti yang telah pun di jadikan muzium di raja sekarang

Dah lama k mid teringin nak sampai ke istana nie..akhirnya sampai jua


I'm here.........




Antara pemandangan di dalam Istana Seri Menanti.  Sebenarnya tidak bole snap picture dlm istana nie...tapi biasala k mid snap pakai phone....hehehe..


Acah je nie...sbenarnya nak posing tue.....


Istana Lama Seri Menanti
Istana Seri Meranti iala istana yang unik di perbuat daripada kayu.  Dibina pada taun 1902 mengantikan istana Pulih yang telah dibakar ole askar-askar Inggeris semasa mengejar Yam Tuan Anta sewaktu berlakunya peperangan Bukit Putus. Istana ini setinggi 4 tingkat . Plan asalnya tela direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki.  Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang di panggil pasak.

Begitulah serba sedikit mengenai Istana yang Unik ini...

Kira-kira pukul 1.30 tengahari selepas di jamu dengan makan tengahari kami pun bersurai.  Sesungguhnya ia menjadi pengalaman yang bermakna bagi kami untuk menimba ilmu.  Terima kasih sekali lagi kepada MY Guide Club kerena memberi kesempatan nie....

"TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LOKANG DEK PANAS" begitulah Negeri Sembilan yang penuh dengan adat..

With luv,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...