Assalamulaikum ....lama kak mid tak bersiaran..huhuhu.....bila penyakit 'M' menyerang...mulalah bukak FB pun idak.... Kak mid baru2 ini berkesempatan mengikuti Fam Trip ke Negeri Sembilan. Apa itu "Fam Trip' ? Dulu k mid pun tak tahu apa itu Fam Trip tapi dah masuk bidang pelancongan nie tahulah serba sedikit...Fam bermaksud "Familiarisation" iaitu untuk travel agent ke, tourist guide untuk familiar dengan tempat-tempat tersebut dan akan senang untuk suggest pada pelancong. Terima kasih pada Tourism Malaysia dam My Guide Club yg membolehkan k mid mengikuti trip ini. Seawal 7.00 pagi, k mid dan kawan-kawan berkumpul di Matic, Jalan Ampang. 2 buah bas di sediakan dan tepat jam 7.30 pagi bas pun bertolak ke Seri Menanti , Negeri Sembilan. Kami tiba di Seri Menanti kira-kira pukul 10.00 pagi. Kedengaran bedilan meriam mengiringi ketibaan Duli Yang Maha Mulia Yg Dipertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar. Kira-kira 8 das tembakan meriam di lepaskan ...