Skip to main content

D' MANGGIS STEAMBOAT & BBQ CAFE

Assalamulaikum,

15.3.2014


Belanja anak-anak makan di D' Maggis Cafe sempena menyambut Hari Lahir puteri kedua  k mid ...
Jom kita terjah............
Cafe nie terletak di Batu 17, Kuang Selangor

Kami pergi pada  malam Jumaat jadi taklah penuh...Jika hari Sabtu Ahad..eloklah tempah dulu....takut datang jauh2 tiba-tiba penuh

 Nie dia alamat dia  :  

254, Batu 17,
Lorong Manggis,
 Kampung Cempedak,
 Kuang 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan
BUTIRAN NOMBOR TELEFON
Tel.: +603-6038 6844
Cik Min: +6019-233-1973
Nie dia girl comel sambut birthday yg ke23 ......macam sweet 13 jer......buat kejutan untuk dia..siap belon2 lagi....


Makanan kat sini seperti biasa ada Steamboat & BBQ dengan harga RM25 seorang bagi dewasa serta RM10 (4-12) untuk kanak-kanak.  Kuah  tomyam steamboat dia memang sedap... bagi ranking 4/5...hehehe... tapi udang dan sotong dia memang kecik sangat...sotong lepas di grill tinggal besar jari keliking...mana puas makan.  Rojak buah dia memang marvellous......tahap kepedasannya boleh meleleh air mata....air hidung dsbnya...(terlupalak nak snap pic..sebab sedap sangat)
Kalau tak nak makan steamboat ada juga menu-menu lain yang boleh di order.

Inilah gambar kami sekeluarga di D'Manggis

Dan seperti biasa mak dia Interprim lebih...............huhuhu


Luv,

Comments

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...