Skip to main content

Percutian Keluarga ke Ho Chi Minh (Part 4)

Assalamualaikum semua...

15/12/2013 Hari ke 4

Hari ke 4,  masih lagi di Ho Chi Minh City....pagi nie decide nak pergi melawat tempat-tempat menarik yang berhampiran dan yang penting tak payah naik beca ke...naik taxi ke...kami nak jalan kaki je...janji tak jauh sangat...setakat 2 km kira masih larat lagi...lagi pun selepas sarapan masih ada masa lagi sebelum check-out hotel pada pukul 12.00 tengahari....


Dengan berpandukan map yang diambil di hotel penginapan serta bertanya orang di jalanan...sampai juga di Saigon Notre Dame Basilica dengan berjalan kaki sejauh 2km


Abadi gambar kenangan bersama Mr Hubby di sini


Seperti biasa..my picture

Kebetulan hari ini adalah hari Ahad, maka banyaklah couple2 yang kawen membuat sessi photograpy mereka di sini.. Disebelah tepi Notre Dame Catheral nie adalah Bangunan Pejabat Pos lama...sungguh antik


Depan bangunan Pejabat Pos


Di dalam bangunan pejabat pos...ada jual souvenir


Masih berfungsi untuk urusan Pos

Bangunan ini pula di depan Notre Dame..tapi tak tau pula bangunan apa
Lepas berehat seketika, kami berjalan balik semula ke Ben Than Market untuk membeli serba sedikit barangan untuk di bawa pulang. Banyak benda k mid beli di Night market dari Ben Than market sebab beli di night market lebih santai ...kt Ben Than Market tue sempit dan penjual dia suka pegang2 kita paksa kita beli... tapi kain pasang memang murah kt dalam Ben Than Market.

Tips nak beli belah kt Ben Than Market atau Night Market
1.  Kena tawar harga dia hingga sampai 3/4 dari harga yang di tawarkan... tapi kalau penjual dah bagi harga yang kita hendak janganlah pulak tak jadi beli...nanti mesti kena carut dalam bahasa diorang tue...

2.  Jangan pakai barang kemas banyak atau yang besar2 bila ke Ho Chi Minh. Waktu berjalan-jalan di Ben Than Market security dia pesan pada k.mid supaya hati-hati pada rantai emas yang k.mid pakai...katanya takut kena ragut oleh orang yang naik motorsikal..bila dah ada orang ingatkan terus k mid bukak rantai tue....walaupun tak berlaku apa-apa..eloklah beringat............

3. Sentiasa tengok pada kertas rujukan money exchange,  supaya kita tak tertipu.. peniaga kat sini letak harga gila-gila dan tak munasabah...klu tak pandai tawar-menawar lebih baik beli kat KL jer..

Alhamdulillah ....tiada apa-apa yang tak baik sewaktu percutian nie...ada jugak ramai pelancung malaysia bagitau yang mereka kena tipu di Ho Chi Minh tapi klu kita beringat dan sentiasa berhati-hati...insyaallah  tak akan berlaku apa-apa.

Begitulah percutian santai kami anak beranak.


Jumpa lagi...Bye Bye


With Love

Comments

  1. Salam..
    Anda merupakan salah seorang peserta segmen i will follow you by syira lokman :)
    jgn lupa follow blog peserta lain ye . :)
    please like my new page https://www.facebook.com/syiralokman5?ref=ts&fref=ts
    page lama iaitu "pabila 2 blogger bergabung" akan didelete atas sbb tertentu :)
    Nama pemenang akan diumumkan pada hari selasa minggu hadapan :)
    Terima kasih !

    ReplyDelete
  2. hai kak, done follow your blog...

    seronok yea berjalan sampai ho chi minh, saya insya'Allah tahun depan sampai Thailand :)

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...