Skip to main content

Percutian Keluarga di Ho Chi Minh (Part 3)

Hari ke 3  - 14/12/1013

Assalamulaikum.....
Sambung lagi percutian nie untuk hari ke 3.  Kali nie kami mengikuti tour ke Chu Chi Tunnel ( 1/2 day tour dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang).



Cu Chi Tunnels merupakan sebuah jaringan besar yang menghubungkan terowongan bawah tanah yang terletak sekitar 40 km arah barat laut dari Kota Ho Chi Minh (Saigon). Terowongan yang digunakan oleh gerila Viet Cong ini menjadi tempat bersembunyi selama Perang Vietnam, dan merupakan basis operasi untuk Serangan Tet pada tahun 1968. (sumber pakcik google)

Perjalanan ke Chu chi Tunnel mengambil masa 1 jam 30 minit. Tak jauh sangat tapi biasalah jalan biasa terpaksa menempuhi traffic light dan bukan jalan highway menyebabkan masa perjalanan agak panjang.

Boleh lihat sawah padi dalam perjalanan ke Chu Chi Tunnel


Laluan masuk ke Kawasan Chu Chi Tunnel

Signboard di depan tunnel
Entrance masuk tak termasuk dalam package,  jadi kena bayar 90,000 dong seorang (RM15.00)

Total kena bayar 450,000 Dong / RM 75.00 untuk 5 Orang.

T.guide yang peramah,  penerangan yang detail...




Kami di beri penerangan cara-cara bagaimana memasuki terowong yang sempit untuk bersembunyi.


Terowong nie hanya muat2 badan je


Demo macamana mereka memasuki lorong yang sempit


Tindakan paling berani apabila menyambut cabaran mencuba............


Berani sungguh perempuan nie...last2 tersangkut tak boleh naik ke atas...jenuh2 orang pakat tarik untuk naik....malu jugak tapi tak apa...ini namanya pengalaman...hahaha.

Lepas tersangkut kat lubang kecik .....tak jugak serik....cuba lubang yang besar sikit....try jugak masuk sejauh 50 meter je...




Diberi rasa ubi kayu di cicah gula dan kacang tanah yang telah di goreng & di tumbuk...

Sedap jugak ubi kayu cicah kacang tanah tumbuk.


Peluru-peluru Askar US




Perangkap2 yang di gunakan untuk memerangkap musuh

Kalau siapa berminat nak menembak boleh cuba kat sini...

Habis semua laluan Chu Chi Tunnel kami jelajahi,  dan lebih kurang pukul 1.00 tengahari bas pun bersedia membawa kami balik ke bandar Ho Chi Minh. Bagi yang berminat nak ke War Remnants   Museum kami akan di benarkan turun di sana dan akan pulang berjalan kaki atau naik teksi ke hotel. K.mid sekeluarga berhasrat nak melihat muzium tersebut...Iyalah...bila lagi kan?? dah ada peluang kami cubalah...lagi pun jarak Muzium nie dari Ben Than Market kira-kira 2km je...

Entrance fee = 15,000 Dong/ RM 2.50 Seorang  
Total bayar = 75,000 Dong /RM12.50 untuk 5 orang

Muzium nie ada 3 tingkat

Di hadapan War Remnants Museum
Di dalam Muzium nie kita boleh lihat gambar-gambar kekejaman tentera US terhadap orang Vietnam semasa perang ...sungguh menyayat hati....




koleksi2 gambar di dalam Muzium

Tempat penyeksaan tahanan


tempat hukuman pancung
       
Ini boleh di beli di luar Muzium


Kapal terbang tentera, kereta kebal yang di pamerkan di luar Muzium
Setelah kira-kira 1 jam menjelajah muzium ini kami pun berjalan kaki lenggang kangkung ke Hotel. Di pertengahan jalan kami di sapa oleh penjual air kelapa yang ramah..siap suruh try angkat barang jualan dia lagi..k mid dah berpesan dgn hubby dan anak2,  kena elert sikit benda-benda macam nie..kadang-kadang diorang nak ambil kesempatan ...tapi alhamdulillah...semuanya ok walaupun dia offer minum air kelapa dia,  dan kami menolak dengan baik.....dia pun tak marah..

Orang vietnam nie rata-rata gigih mencari rezeki....

On the way balik pun baru terjumpa signboard nie....memang nak tengok Water Puppet Show tapi tak kesampaian mungkin lain kali kot..........
Dah hampir seharian berjalan....perut pun mula terasa lapar......tengahari hanya makan biskut kami pada mula nya nak try makan di Nabil Biryani House yang berhampiran hotel kami tapi tiba-tiba tutup pulak walau pun waktu itu baru pukul 5.30 petang.  Jadi kami decide nak cuba makan di Restoran Serai yang dekat dengan Ben Than Market.



Harga dia lebih kurang sama je dengan restoran serai sebab ada kawan yang bagitau harganya

Nie dia Restoran Serai  2 Tingkat


Nielah yang kami order di Restoran Serai

Makanan halal di Vietnam sangatlah mahal,  kami makan nasi goreng biasa 3 pinggang, nasi goreng tomyam 1, keow teow goreng serta 4 teh ais dan 1 kopi ais .  Total kena bayar 735,000 Dong (RM124.95)....Kalau kat Malaysia nie boleh makan ikan siakap, tomyam, sotong udang goreng tepung dan macam2 lagi...rasa macam tak berbaloi nasi goreng kosong berharga RM18.00.

Inilah satu-satunya restoran yang murah sikit...kiranya separuh harga dari restoran tadi.  mungkin restoran nie kecik dan x da aircon - RESTORAN HJ BASIROH

K.mid pekena "pho" nie...mee hoon sup vietnamlah... RM7.00 semangkuk...rasa berbaloi jugak..banyak daging dan ulam-ulaman.

Begitulah corat-coret hari ke 3 di Ho Chi Minh....Seronok juga dengan pengalaman-pengalaman yang di lalui...

Jumpa lagi



With Love

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...