Skip to main content

KEK PELANGI KUKUS

Assalamulaikum semua

Biasalah hujung minggu, masa untuk buat apa yang disukai...paginya berjogging....so petangnya so decide nak buat kek pelangi selepas terliur tengok resipi nie kat blog Azie Kitchen.........




Mentega/ gula dan telur yang telah siap di pukul



Bahagikan aduanan kepada beberapa warna kegemaran anda..color menarik kat rumah dah habis...malas nak pergi kedai...jadi guna ajelah warna apa yang ada...


Ni..dah masuk ke dalam loyang untuk di kukus....Sila abaikan kecomotan ini...hehehe



Meh kita lihat resepinya kat sini ya :-

Bahan-bahannya :-


  •  1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula castor (saya guna setengah cawan..tak suka manis sangat)
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan seri kaya
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko 
  • 1 udu kecil esen vanilla
  • 2-3 sudu besar susu segar (boleh jugak guna susu cair)
  • pewarna2 yang di sukai

Cara-caranya  :-


  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.  Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
  2. Masukkan susu pekat,  serikaya dan vanilla.  Kacau rata serta bubuh tepung gandum yang telah di campur dengan serbuk penaik.
  3. Bila sebati ,  bahagi kan aduan tersebut kepada beberapa bahagian mengikut warna yang disukai.
  4. Sudukan berselang seli ke dalam loyang yang sudah dilengserkan dengan marjerin dan telah di alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
  5. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak.



Lepas sejam kukus......insyaallah masaklah dia.............




Ini dia hasilnya..............Cantik gak walaupun tak banyak color2......yang penting sodap!!!!

Senang je...bahan pun tak banyak pun...


Selamat mencuba.....




With Love

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...