Skip to main content

KEK BATIK

Assalamualaikum
Hari nak bagi resepi kek batik yang di buat malam tadi sebelum tidur.  Tiba- tiba lak kerajinan melanda,  lebih2 lagi melihat bahan-bahan yang masih setia menghuni peti sejuk.........jadi cuba menafaatkan bahan-bahan tue..jangan bagi bertapa lama.

Sekarang kita tengok bahan2 yang ada kat dalam peti ais tue..ok



Ini semua bahan balance dari raya hari tue..cuma biskut marie je baru beli..huhuhu



Biasanya ramai yang guna mentega untuk buat kek Batik nie tapi aku guna majerin sebab itu yang ada kat rumah sekarang..nak gi kedai malam2 nie...minta maaflah....

Jadi sekarang kita mulalah membuat Kek Batik yang senang sangat nie...Orang kata anak dara yang belum baligh pun boleh buat.

 
Dalam nie ada mentega, coklat milo dan susu pekat..

Bahan2nya  :
  • 1 cawan marjerin/kalau yang nak guna mentega boleh guna sebuku ya
  • 1 cawan milo 
  • 4 sudu besar Coklat
  • 1 cawan susu pekat 
  • 1 paket biskut marie

Cara-caranya :-

  • Biskut marie di patah empat- asingkan
  • Masukkan marjerin/mentega, susu dan milo serta coklat kedalam kuali
  • Kacau jangan sampai berketul hingga mengelegak
  • Lepas mengelegak...masukkan biskut marie yang di patah tadi dan kacau rata
  • Tutup api dan angkat.


Lepas siap tekan ke dalam bekas



Dah siap..kek batik mudah.....Letak dalam peti sejuk...


Lepas tue potong, letak dalam pinggan dan ngap-,ngap....

Senangkan........
Bolehlah memcubanya.........


With love,

Miedajaz








Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag