Skip to main content

Cara-cara membawa kereta masuk ke Thailand

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Ramai yang mungkin nak tahu cara-cara atau prosedur-prosedur membawa kereta memasuki Thailand..jadi tergeraklah hati ni nak tulis entry dan ianya berdasarkan pengalaman. Mula-mula tak berani juga nak bawa kereta ke Thailand..tapi lepas baca orang lain punya blog,  lepas tue ikut procedur yang betul rasanya tak ada masalah pun....insyaallah...

  •  Mula-mula sekali fotostat geran. Ramai orang bertanya perlu bawak geran kereta origional ke tidak??  Kalau ada yang original bawaklah sekali tapi jangan bagi kat kastam atau imigresen yang original..naya !!!!  bagi yang tak ada geran original jangan risau, ambik geran yang fotostat pergi chop kat balai polis yang berdekatan dengan rumah anda. Ada sesetengah blogger kata tak payah chop kat balai polis lepas je dorang masuk Thailand....tapi aku tak berani buat macam tu...klu korang rasa2 nak buat macam tue terpulanglah.... lepas chop tue buat lah fotocopy lebih sikit. Owner kena pergi sekali tau....kalau owner tak pergi kena dapatkan surat kebenaran dari owner..  

  •  Sampai kat sempadan,  tak kiralah nak masuk melalui Padang besar ke atau Bukit Kayu Hitam...korang kena isi minyak penuh-penuh tangki...sebab minyak kat Thailand mahal dari Malaysia (depa tak da subsidi)...

  • Jangan lupa berhenti dulu kat sempadan dan jangan lupa beli insuran.  Aku beli untuk seminggu RM18.00

  •  Apa lagi...lepas dah siap insuran .....masuk lah Thailand. Kat sini nak bagi tip sikit sebab kami terkial-kial masa memelalui imigresen... Sebenarnya....parking kereta dulu...semua-semua penumpang kereta pergi beratur chop passport dulu,  lepas tu baru owner kereta bawa geran dan insuran pergi yang bahagian lain untuk daftarkan kenderan dorang...jangan lupa balik pun buat macam tue....

  • Ingat !!! masa nak chop passport letakkan RM1.00 kat dalam passport...klu nak taruh lebih terpulanglah...hehehe.  Rasanya depa minta kat orang Malaysia je(depa rasa orang Malaysia semua kaya2 kot)..orang lain macam tak kena je RM1 tue.... ada gak orang Malaysia depan aku tue tak bagi RM1,  pegawai imigeresen tue siap minta lagi...jadi senang cerita hulur ajelah sorang seringgit....waktu balik pun sama tau... 

Jangan lupa beli insuran tau.......ada je sebelah kiri sebelum sampai tol kaunter passpot tue
 
kalau sampai sini..suka hatilah nak parking sebelah mana..kami parking sebelah Thailand...yang penting beratur chop pasport dan daftar kenderaan


   

Senangkan....selamat mencuba

Wassalam.

With Love,
miedajaz


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. nak tnya la mcm mana nak minta surat kebenaran dr owner kalau owner xnak ikut sekali??

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je dek..buat satu surat kebenaran iaitu owner memberi kebenaran membawa masuk kereta ke Thailand, dia tandatangan ...lepas tu ok...klu ada salinan ic attach sekali kat surat tue

      Delete
  3. Nak tanya..ada tak no fon kedai buat insurans tu?

    ReplyDelete
  4. kedai nak buat insurans kenderaan hanya berdekatan tepi jalan selepas petronas Changlun. Tepi jalan ja..banyak kedai yang buat insurans di situ.

    ReplyDelete
  5. nak tanya kalau nak ke bangkok da boleh ke ?ada charge apa2 tak? yang bayar rm 200 tu untuk apa ye?saya ada baca kat blog orang lain

    ReplyDelete
  6. Tak tahu pulak ada charge RM200 untuk ke Bangkok...rasanya tuk insuran aje..makin lama dok kt Thailand makin mahallah insuran dia....

    ReplyDelete
  7. Boleh rujuk sini surat kebenaran bawa kereta

    http://wanpayrock.blogspot.my/2013/10/cara-bawa-masuk-kereta-malaysia-ke.html

    ReplyDelete
  8. Insurans kereta motosikal van ke Thailand

    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    ReplyDelete
  9. Wow, wonderful blpg layout! How long have you been blogging for?
    you make blogging look easy. The overall look of your web site
    is wonderful, let alone the content!

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...