Skip to main content

CORAT CORET BULAN MEI 2013

Macam-macam berlaku dalam bulan mei nie.. Ada yang gembira dan ada yang duka.......... apa-apapun hidup adalah suatu perjuangan,,,mesti reda atas ketentuannya...
  • Yang indah bulan mei ni..........My besday...aduh!!  dah tua-tua nak sambut besday??? Bukan nak sambut cuma nak mengingatkan diri....sebenarnya kau dah semakin tua...hehehe.....Aku x nak fikir sangat pasal usia kerana semua orang akan melaluinya.....patut fikir pasal amal ibadat kot............
    Next year elok potong pulut kuning nie........ apa2 pun syukur masih dapt kek lagi....

  • Bulan mei jugaklah Pilihanraya Umum ke 13  berlansung........Orang nie kutuk orang nie...orng tue kutuk orang nie...macam-macam ada...........nak buat macamana...masing-masing ada ideologi dan kefahamam masing-masing...ianya adalah hak anda....Aku pulak di beri tugas waktu pilihanraya jadi Perayu Undi....macam-macam bendalah dapat di lihat...Tapi yang nyata telus aje pilihanraya kali nie (satu mat bangla pun x nampak...kawasan akulah...kawasan korang walah hualam....)

    Awal pagi aku dah beratur...sampai 1 1/2 jam beratur baru dapat mengundi
     
    nak jugak interprim..jari gemuk nie...saja nak tunjuk dakwat nie masih ada walaupun dah 3 hari duk buat kerja rumah basuh pinggan mangkuk...
Dah lah cite pilihanraya.... dah bosankan....hehehe..

  • Bulan Mei nie jugak ada satu kegembiraan bagi seorang ibu..... lagi sorang anak kesayanganku nak grate...tak sabar nak menghadiri konvo dia...Sebagai seorang ibu ..nielah hadiah yang paling indah..........


Wahai anak-nak bangsaku.....kaulah harapan negara..janganlah di persiakan harapan keluarga , negara dan ugama
Cerita banyak-banyak pun tak guna....kalu kita rela dijajah lagi sekali............(nanti orang kata aku politikkan nie pulak)....No..no..no...  sebenarnya nak ingatkan sahaja ...apakah kita semua rela Uitm di bukak kepada bangsa lain???? Apakah anak-anak melayu sudah bersedia untuk berjuang tanpa bantuan???  korang fikirlah sendiri wahai anak-anak ku????  Dah..dah.. jangan emo...jangan emo....STOP!!!!

  • Bulan Mei nie juga Besday My Hubby,  tengah cari-cari tempat nak belanja makan...dah lebih 26 tahun bersama,  rasanya masa berlalu begitu pantas...banyak suka duka kita harungi bersama..dari hanya memiliki sebuah motor buruk (itupun bapak bagi pinjam) sampai memiliki rumah, kereta (walaupun bukan rumah mewah atau kereta mewah) tapi aku amat bersyukur....apalagi aku nak???  Keamanan....aku rasa inilah yang aku nak di bumi Malaysia nie,  sebab bila aman kita pun senang nak cari rezeki....melalutlak aku nie...

nielah orang yang banyak bersabar dengan perangai aku........


Bulan Mei ...oh bulan Mei.....sebenarnya  bulan apa pun sama je ............Aku hanya nak hari-hariku di penuhi dengan kegembiran...................Wassalam.





Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...