Skip to main content

JALAN DI TERENGGANU (PART 2)

22.3.2013 (Jumaat))
Pukul 5.00 petang habis aje waktu kerja cepat-cepat balik,  rehat-rehat sekejap,  packing apa yang patut.....lepas tue pukul 9.30 malam bertolak dari rumah ke Terengganu....Rasanya baru cuti tahun baru cina pergi Terengganu...nie repeat lagi.  Sebenarnya hantar si adek ke sana sebab tiba2 dia cakap cuti sekolah nak duduk rumah Mak Long dia kt Kuala Berang.  Boleh aje naik bas tapi kami tak haraplah si kecik nie naik bas..entah mana2 perginya...nanti kena tinggal ke... macam2 yang di fikirkan....almaklum x pernah berpisah lama-lama. (Kita aje rindu kat dia...dia ada kisah...hahaha)
Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 5 jam dan sampai di Kuala Berang pukul 1.30 pagi...

Lalu kat Bandar Kuala Berang..nampak sign nie terus snap.......


23.3.2013(Sabtu)
Lepas makan tengahari kira-kira pukul 2.00 petang,  Kak Longku mengajak ke Air terjun Sekayu...Dekat aje dari rumah Kak Long .



Kena bayar RM2.00 seorang untuk masuk berkuatkuasa 01 Jan 2013




Antara chalet yang terdapat kat sini




Lepas lepak2 sekejap di air terjun sekayu kami pun beredar dan berhenti sekejap di taman pertanian sekayu yang berhampiran sahaja.




Ada kolam untuk kanak-kanak mandi manda di sini



Jalan-jalan lagi........ rasa-rasa nak tengok empangan janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir. Ada yang kata boleh masuk ke kawasan empangan tue...kita cuba ajalah...sampai je kat situ ada polis yang jaga...Maaf!!! tidak di benarkan sesiapa pun masuk ke kawasan ini.  Jadilah inilah dapat di capture....




24.3.2013 (Ahad)
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur,  kami pun jalan-jalanlah sekitar Kuala Terengganu.  Seperti biasa keropok lekor tidak di lupakan....Berhampiran dengan kawasan keropok lekor Losong terletaknya Muzium Negeri...apalagi kami pun tidak lepaskan peluang membuat lawatan sambil belajar (macam lawatan sekolah pula)....







Masa kami ke sini ada juga pasangan pengantin buat jamuan dan sessi photograpi. 



Ini tiket dia... sebenarnya poskad.. Kalau warganegara kena lah bayar RM5.00, Klu ada kad pelajar RM2.00 je.

 Macam-macam koleksi menarik kat muzium nie terutamanya mengenai batik tetapi di larang mengambil gambar kat dalam muzium nie tapi ada gak yang sempat kami snap...........







 Gambar di atas nie...di Galeri Petroleum

 



 Dah habis turun tangga naik tangga muzium yang besar tue kami pun terus ke Taman Tamadun Islam untuk melihat Masjid Kristal yang indah tue.. Nielah gambar yang sempat di ambil buat kenangan...





 
 




Lepas mengabadikan kenangan di Masjid Kristal kami pun ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati makan tengahari.. Ada banyak gerai makan di situ tapi ada satu gerai yang menarik perhatian kami iaitu Gerai Nasi Ayam Yunnan... rasanya pemilik dia cina muslim....memang best nasi ayam kat sini...cubalah kalauberkunjung ke Pantai Batu Buruk.. Selain dari menikmati pantainya yang indah sambil bermain layang-layang  boleh juga menaiki kereta kuda yang di hias cantik ..

Yang bawa kereta kuda cantik nie perempuan.




Begitulah trip yang singkat ke Terengganu... besoknya terpaksa sambung kerja semula...banyak lagi tempat menarik di Terengganu  belum di terokai ....... pulau-pulaunya yang indah seperti Pulau Kapas, Pulau Redang ...........Insyaallah...di lain hari dan waktu jika diizinkan allah mesti boleh ke sana...


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...