Skip to main content

BANDUNG lagi...........

Assalamualaikum
Dah 2 kali ke Bandung tapi satu entri pasal Bandung pun tak da..... Bagi yang belum pernah menjejak kami ke Bandung dan rasa-rasanya nak pergi...aku nak bagi tips...tempat-tempat menarik yang boleh di kunjungi selain dari dok perabih duit bershopping.................
  1.  Kawah putih - Tempat yang cantik yang harus di lawati.  Kali pertama pergi bersama kawan-kawan pada tahun 2010,  pengangkutan dibenarkan di bawa hingga ke lokasi kawah putih tapi tiba-tiba lak bila aku pergi kali ke dua bersama famili, kami terpaksa naik pengangkutan seperti van yang di namakan "Ontang Anting"...mungkin pemerintah nak menambahkan peluang pekerjaan bagi penduduknya...yalah bolehlah orang yang bawa Ontang Anting nie cari rezeki sikit. Tapi bila anak gadisku pergi pada bulan September yang lalu, telah di benarkan pulak transport mereka di bawa ke atas...entahlah.....anyway enjoy je naik Ontang Anting tue...kelakar pun ada....
Ini dia van yang di panggil 'Ontang Anting"






Nie gambar masa kali ke 2 ke sini..



Nie Gambar masa kali pertama pergi....apa lagi berjimba lah...



Subnaallah...tempat nie memang cantik

Kalau tidak tahan dengan bau sulfur,  cepat-cepatlah naik ke atas ya...

2.   Tangkuban Perahu - Tangkuban Perahu nie maksudnya perahu yang terbalik dan menurut lagenda Orang Sunda, nie adalah warisan Sangkuriang. Menjadi satu kemestiaan  kalau berkunjung ke Bandung mesti pergi ke Tangkuban perahu nie.







Antara cenderahati yang boleh di beli di sini....ukiran original dari pokok.....


3.  Kampung Daun - aku suka lanskap Kg. Daun nie..ramai pelancung Malaysia suka lepak2 dan makan kt sini.. tenang dan penuh dengan kehijauan....


Gambar kali 1 pertama ke Kampung Daun
Kali ke 2 ke Kampung Daun....kali ni bersama yang tersayang



4.  Tasik Situ Patengang - Situ dalam bahasa Indonesia maksudnya danau. Jadi ini adalah danau yang manawarkan pemandangan yang indah.  Bolehlah menaiki perahu ke tengah-tangah danau.





Sempat jugak naik perahu ke tengah tasik pada kunjungan kali pertama


5.  Safari Bogor/Safari Puncak - Bagi yang bawa anak-anak kecil,  rasa ini tempat yang sesuai. Kanak-kanak pasti teruja dapat melihat dan memberi makan kepada binatang-binatang yang di lepaskan di persekitaran.  Kawasan nie juga dingin kerana kedudukan di puncak dan mengambil masa kira-kira 2 - 3 jam perjalanan dari Bandung.





Best safari nie...binatang ada kat mana-mana..........

Ada beberapa tempat lagi yang boleh di kunjungi  seperti Ciater Hot Spring dan Trans Studio. Tepuk dada tanya selera ...............

'Alangkah indahnya ciptaan tuhan........Jauh berjalan luas permandangan....Terima kasih Ya Allah kerana masih di beri peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan mu.........."

with love,
miedajaz


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...