Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Catatan Perjalananku - Percutian di Jakarta dan Bandung

Assalamualaikum...... Sudah lama sebenarnya nak ceritakan kisah percutianku ke Bandung Indonesia tapi tak buat-buat gak entri tu dan sekarang dah masuk kali ke 2 ku jejakkan kaki ke Bandung.   Pertama kali bersama teman-teman pada tahun 2010 dan pada 07.12. 2012 yang lalu  bersama family pulak. Permandangan di udara penerbangan ku kali 1 ke Bandung (2010) Pemandangan di udara penerbangan ke Jakarta (2012) Di percutian pertama dulu aku turun di Bandung iaitu di Bandara Udara Husein Sastranegara  dan untuk kali ke dua bersama keluarga aku turun di Jakarta iaitu Jakarta International Airport Soekarno Hatta.  Sengaja nak turun di Jakarta dan melihat pulak keadaan di sana. Me and family sempat bergambar sebelum di jemput oleh supir kami Semua percutian ku ke Bandung  amat menyenangkan kerana ada kawan yang menunggu.  Semua aturcara telah di rancang tapi percutian kali ke 2 ini banyak acara bershopping.....apapun seronok dapat m...

Apam Pisang

Assalamulaikum.... Dah lama tak buat apam nie... kebetulan ada pisang yang di tanam oleh Pak Mertua...boring asyik di buat cekodok pisang dan rasanya rajin sikit kut......jadilah APAM PISANG.... Kalau rasanya berminat nak cuba....bolehlah tengok bahan-bahan dan caranya di bawah....amat mudah dan tentu menjadi....   Sebelum Di kukus... Bahan- Bahannya 1 mangkuk santan pekat 2 mangkuk pisang lecek ( pisang mas/berangan) 3 1/2  mangkuk tepung gandum 2 biji telur 2 camca soda Bikabonat 1 1/2 mangkuk gula secubit garam   Nie dia periuk kukus yang di beli di Padang Besar, Perlis..   Cara-caranya :- 1.  Telur dan gula di pukul hingga kembang 2.  Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama sodabikabonat. 3.  Gaulkan bersama pisang lecek, garam dan santan hingga sebati. 4.  Kukuslah selama sejam.................   Dah jadikan.....Senang je.......... Inilah hasilnya.... Selamat mencuba..............

YIK MUN PAU

Assalamualaikum Hari nak cerita sikit tentang makanan iaitu pau.  Aku memang dah lama teringin nak melantak pau tu almaklumlah asyik dengan cerita orang je... akhirnya dapatlah makan sarapan pagi kat Yik Mun Tanjung Malim sebelum pergi mandi-manda kt Lata Kijang.  Senang je nak ke sana.. dekat UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris). Selain dari pau,  boleh juga mencuba roti kawin yang tidak kurang sedapnye juga mee dan nasi goreng.  Semua sedap-sedap belaka. Ini dia Pau yang gebu.... Tidaklah mahal sangat..... Wantan Mee pun boleh tahan enaknya.. Selain dari makan kat situ,  boleh juga beli yang segera untuk di bawa pulang.  Pada hujung minggu restoran ini menjadi tumpuan pemilik2 motor berkuasa tinggi untuk lepak-lepak dan makan sebelum ke destinasi masing-masing.  Akhirnya dapat juga merasa pau Yik Mun.  Sekian......jumpa lagi...