Skip to main content

KEK MARBLE

Assalamualaikum....

 Dah tak pergi jejalan,  aku sibuk masaklah pulak...2 hari lepas teringin nak buat kek... buat ajelah kek yang simple dan senang. Kebetulan bahan-bahan masih ada ada kat dapur tue...




gula dan majerin selepas di putar

selepas bahan-bahan siap di putar - bahagi kepada 3 bahagian ,  warna ikut suka masing2
 Ni dia resepi dia :-


KEK MARBLE

Bahan-bahan ( 5/6 orang makan( loyang size 20cm) )
  • 3 bj telur gred AA
  • I cawan majerin
  • 1 cawan gula halus/ castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan baking powder
  • 2 sudu makan susu pekat
  • sedikit esen vanilla
  • pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. pukul majerin bersama gula halus hingga kembang
  2. masukkan telur satu persatu pukul lg hinggga kembang
  3. masukkan esen vanilla dan susu, kacau rata
  4. masukkan tepung yg sudah diayak bersama baking powder,
  5. sediakan 3 bekas utk dibgh kpd 3 warna ( ikut suka warna apa)
  6. panaskan oven selama 10 min sementara itu sapukan loyang dgn majerin dan alaskan kertas minyak
  7. masukkan adunan mengikut warna satu persatu cth: merah diatasnya masukkan warna hijau, masukkan pula warna kuning hingga habis adunan
  8. bakar di dalam oven dgn suhu 150C' selama 40 minit.-saya guna api bwh-
 


Dah siap...bolehlah ngap!!!

Sedap untuk di makan bersama minuman petang

Selamat memcuba....Insyaallah sedap..

With Love,

Miedajaz

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...