24 August 2012
Akhirnya tercapai juga hasrat di hati, hendak ke Sg Klah Hot Spring.
Pukul 10 pagi, lepas siap memasak bekalan ( dulu tak boleh bawak makanan dari luar sekarang dah boleh dah..) jadi kami pun bawaklah makanan sendiri.
Dari Sg Buloh melalui Lebuhraya Utara Selatan, ambik exit 128 Sungkai, lebih kurang 45 minit - sejam sampailah kat tol tue (kadar tol RM13.90 je...)
|
Papan tanda nie akan kelihatan lepas tol Sungkai |
|
Disepanjang jalan akan ada sign board- jadi terus je.. | | | |
|
|
Train nie lah bawa kita sampai ke pintu masuk- tak payahlah jalan kaki (Lega rasanya) |
|
Tiba kt sana, pergilah kauter ambik tiket. Kalau dulu harga Dewasa RM10, kanak-kanak RM6 , sekarang dah naik harga dia menjadi Dewasa RM12 dan kanak2 RM8.
Mula-mula sampai sebab waktu tengahari, kami pun mandilah kat kolam air sejuk (gila kut tengah -tengah hari buta rendam kat kolam air panas, mahu melecur satu badan)
|
Air pancut yg tue best tau - macam kena urutan |
|
|
Tengok gelunsor kt belakang tue...Best juga!!! |
|
Panjat jugak - tak nak lepaskan peluang main gelunsor |
Lepas penat berendam air sejuk, perutpun mula berkeroncong. Apalagi bukalah bekalan.. nampak pula tempat merebus telur..orang cakap makan telur yang direbus kat sini sedap....apalagi cubalah...
|
Menunggu telur masak |
|
Ada kolam khas untuk rebus telur je... |
|
Memang sedap dia lain macam tapi mungkin kerana makan panas2 & lapar | | | | |
|
|
|
|
|
Lepas kenyang...baru berendam kat kolam air panas |
|
Tak tahan...... |
Bila waktu dah agak redup sikit, kami pun rendam pulak kat kolam air panas.
Seharian kat Sg Klah Hot Spring nie memang best. Dapat rendamkan kaki dan badan yang lesu . Kalau siapa berminat menginap kat sini bolehlah tempah villa kat sini.....
With love,
Miedajaz
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN