Skip to main content

Percutian di Surabaya ~Malang, Indonesia (Part 1)


Kisah pengembaraku ke Surabaya, Indonesia.  Asalnya 7 orang dewasa bersama 2 orang kanak2 yg akan mengikuti pengembaraan ini,  atas sebab tertentu tinggal 6 orang dewasa dan 1 orang kanak2 sahaja.

Tarikh       : 27/12 - 30/12/2010 (4 hari 3 malam)
Flight No.  : Airasia AK552


Sebelum berlepas ke Surabaya,  kami di kejutkan dengan berita letupan Mt Bromo, walaupun tidak sekuat Merapi tapi sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti kami yang memangnye nak ke mt. Bromo. Sebelum itu AirAsia telah reshedule fight kami yg sepatutnya berlepas pada 10.25 pagi waktu Malaysia ke 7.25 pagi. Kesian anak2ku terutamanya si adek yg terpaksa bangun pukul 3.30 pagi dan perlu berada di KL central pada pukul 4.30 pagi, terus menaiki SKYBUS pada pukul 5.00 pagi.




Penerbangan pesawat AK552 ke Juanda International Airport mengambil masa kira2 3 jam tapi disebabkan waktu di Indonesia kurang 1 jam dari malaysia, jadi kami tiba sekitar kul 9.30 pagi waktu Indonesia. Tour guide kami Aidey from Travelife setia menunggu ketibaan kami, dgn 2 buah kenderaan ( 1 Avanza + 1 Suzuki).
  Day 1


Suramadu Bridge - Jambatan yg menghubungkan Surabaya & P.Madura

     

    

Gambar-gambar di Tugu Pahlawan








monumen kapal selam

 
Inilah pulak kisah Lumpur Lapindo~Desa2 yang di tenggelamkan oleh Lumpur. Mengikut ceritanye pada tahun 2006 tragedi ni terjadi...Jadilah satu kawasan yang seperti padang jarak padang tekukur....
             

Inilah kilang yg asalnya kilang minyak tapi akhinye mengeluarkan lumpur lalu menggelamkankan desa2
 
Disini kami dpt lihat kawah2 yg masih aktif dan meledak~dipenuhi oleh lumpur



 Ini pulak ladang teh~ memang lebih kurang je dengan Cameron Highland....tak kisahlah...yang penting lain tempat lain pemandangannye...dan kami tak nak lepaskan peluang menikmati keindahan sesuatu tempat itu.....



 DAY 2

Patutnye kami akan ke Mt Bromo tapi hari nie bromo
meletup lagi dan sekitarnya di letakan dlm keadaan berwaspada, untuk tidak mengambil risiko kami batalkan perjalanan .




Jadi penjalanan kami di teruskan dengan mengunjungi candi2....Tak lengkap percutian di indonesia kalau tidak melihat candi2nya......



candi suberawan



Candi Singosari

Masih berharap dapat menjejakkan kaki ke Mt. Bromo satu hari nanti...walaupun tak tahu bila. Terima kasih buat keluarga dan teman-teman yang sama-sama mengikuti percutian ini..




With Love

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...